Saturday, December 25, 2010

TERBANG BERSAMA LAKSAM!

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Dari Abdullah bin Amru bersabda nabi Muhamad SAW
"Seorang muslim(yang sempurna islamnya) ialah yang terselamat orang-orang islam dari lidah dan tangannya"
(
Dari buku Mastika Hadis)

Hari khamis , anak saya Farah Nabihah dan M. Nabil terbang ke Kelantan mengiringi ibu mertua pulang ke kampong. Dapatlah mereka menjalinkan silaturrahim bersama sanak saudara.


 
Inilah adik ipar,cikgu Radiah. Terimaksih banyak  kerana  menguruskan anak-anak....
Terharu !Kami dibekalkan Laksam Kelantan yang dibuat sendiri ...
(Maaflah gambar laksam campur laksa tu agak comot...)
Saya memang sukakan laksam kelantan. Nah resepinya.

LAKSAM KELANTAN

Tepung beras
Tepung gandum
garam
air

Bancuh kesemuanya.( pernah tenguk orang buat laksam campur dengan sedikit nasi yang di blend?)
Sediakan kukusan. Sapu tudung periuk dengan sedikit minyak masak.
Tuang bancuhan tepng ke tudung periuk.Pastikan tidak terlalu tebal. Kukus 3-4 minit.
Angkat dan gulung ketika panas.( Sapukan sedikit minyak di tangan)

KUAH LAKSAM

1 kilo ikan kembung
(rebus dan buang tulang)
1 biji kelapa( ambil santan)
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
2 keping asam gelugur
1/2 sudu makan lada hitam kisar
garam

Masuk semua bahan dalam periuk. Didihkan.
 Selamat mencuba.( Sebahagian bahan resepi dari buku Citarasa Malaysia/Kelantan/ PTS)

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mam Ju

moga Silaturrahim terjalin erat


nak laksamnya...bolehhh
he he

afeezz said...

salam mama : sedap tu laksam, susah nak dpt kat KL ni.. nyam3

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam mamaju,

kak nab suka laksam....