Saturday, December 25, 2010

PEMIKIRAN DR GUNAWAN MAHMOOD

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Dari Abu Darda RA Nabi Muhamad SAW bersabda
"Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah malaikat yang ditugaskan untuknya:  Amin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga"
(Muslim dan Abu Daud)

Mulanya Al Fatihah bagi Gemulah Dr Gunawan Mahmood yang meninggal dunia pada September lalu.dalam usia 51 tahun. Moga dicucuri rahmat ALLAH,

Lama saya tak menenuinya. Saya mengenali beliau ketika kami sama-sama dalam Persatuan Penulis Muda Selangor(KEMUDI) ..Masa tu lagi beliau dah aktif sebagai penulis khasnya sajak.

Sebagai mengingati Dr Gunawan, satu majlis Pemikiran Gunawan Mahmood akan diadakan pada 27hb Januari 2011 di Sekolah Menengah Felda Ulu Tebrau, ulu Tiram, Johor.Di sinilah beliau dibesarkan dan mula berkarya.

Banyak kertaskerja akan dibentangkan, Majlis ini terbuka kepada umum. Sila berhubung dengan Dr Talib Samat 012 2269740.

Gemulah bertugas sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar, sebelum itu sebagai Pengarah JASA.

AL FATIHAH


2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Al Fatihah

Wassalam

Azima said...

Salam Mama,

Al-Fatihah buat arwah Dr Gunawan..semoga rohnya dicucuri rahmat.

Wsalam