Wednesday, October 6, 2010

TERIMAKASIH SEMUA.....

Assalammualaikum. Masih dalam suasana raya walaupun dah penghujung .Yang penting kita dapat menghubungkan tali silaturrahim dan bermaaf-maafan.Rahmat datang bila tetamu datang berkunjung dan gugur dosa insyallah bila tetamu pulang. Tuanrumah pun nak posing jugak! Di bawah ni antara tetamu saya yang hadir...Saya nak ucap terimakasih di atas kesudian mereka datang ke rumah. 
Terimakash kepada sahabat saya cikgu Norsiah, guru di Sek Men Pandah Indah, Kami duduk berjiran semasa di Taman Maju Jaya.
Terimakasih juga kepada En Nik jiran baru kami. Saya baru sangat berkenalan dengan beliau sekeluarga. Beliau seorang peguam dari Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Isterinya guru di Sek. Sri Serdang.
 
Ella dan suami. Juga Steven jiran depan rumah. Seorang ahli niaga yg berjaya,
Baju oren tu sepupu saya Cikgu Norella guru dari Sek Men Tasik Selatan.Beliau datang sekeluarga.
Baju biru tu En Aziz bekas pensyarah dan isterinya seorang ahli perniagaan.Ni juga jiran .
Sepupu saya Puan Siti Rodziah Saripan seorang ahli niaga yang sangat berjaya.Perniagaannya macam-macam!Dia beritahu rumah semi D nya sudah ada yang berkenaan 1.2 juta! Rasanya belum lama dia beli sekitar RM 700,000! Tengah mencari-cari lagi rumah di sekitar sini.
Ini jiran saya  Puan Asmah dan suami En Asri. seorang CEO. Asmah satu-satunya sahabat saya di sini.
Ini pakcik bongsu saya Abdullah Jaya bersama isteri Puan Asmara. Beliau berkhidmat di MISC.
Adik saya Mohd Amin pun datang bersama keluarga. Tenguk Maisarah tu bukan main lagi... Adik datang tak lama. Dia nak bawa mak balik ke kampong  sebelum dia meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya di Singapura.

Terimakasih semua..maaf  layanan gitu-gitu je.
Insyallah kita jumpa lagi.

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Alhamdulillah
yg jauh, saudara mara, kita rapatkan
yg dekat, jiran, kita eratkat

Wassalam

Anonymous said...

salam ju..seronok tenguk gambar saudara dekat dan jauh dan jiran datang berhari raya..moga2 ziarah menziarahi berterusan hingga tahun2 akan datang..

ainhany said...

salam mamaju,

ALHAMDULILLAH
Meriahnya kunjung-mngunjung.
silaturahim pun dapat diperkukuhkan
indahnya raya dan pengisiannya.:)

sonata anak kancil said...

salam...walaupun jauh tapi sentiasa mengikuti perkembangan geng2 PDKM & rakan2 lain....insyaAllah mahu bertemu semula dengan rakan2 ni...cuma kekangan masa & tugas idak berkesempatan lagik...