Thursday, October 28, 2010

DUHAI BAPA MERTUAKU

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang. Entri ini saya dedikasikan untuk bapa mertua saya. Ni gambar saya ambil dari blog En. Rozali (Maaf tak minta izin pun)
Ayah berusia 93 tahun dan makcik 65 tahun. Makcik isteri ketiga  ayah.

Ayah bekas guru di  Sekolah Amir Indra Putra, Kota Bharu , Kelantan. Ayah bersekolah pondok di serata Kelantan. Salah seorang gurunya ialah Tok Kenali.. Semasa belajar di pondok nilah ayah dikahwinkan dengan anak Tok Penggawa. Perkahwinan tu tak lama. Mereka akhirnya bercerai.
Bila usia semakin lanjut, tak banyak aktiviti yang dibuat.  Kalau kita minta  ayah buat sesuatu misalnya minta ayah baca....ayah kat tak nampak  tapi bila kita kata tengok betul-betul. dan mula mengeja..ayah boleh baca pun....Saya terharu tengok ayah seronok baca akhbar jawi dan rumi. (baca tajuk-tajuk je)
Hehe  Ayah baca  ...BAWA DUIT POKET SAJA!
Suami sedang menyuapkan roti canai. Ayah suka roti canai yang dipotong kecil-kecil.
Lepas tu minum dengan air milo yang manis.


Ayah kadangkala 'moody' tak mau makan. Ayah akan kata terimakasihlah ajak dia makan. Susah juga tu....nak pujuk...
Tapi semenjak dua menjak ni ayah selalu bercakap sorang. Ayah akan baca ayat Quran dan terangkan maknanya.

Moga ayah bahagia.  Kalau lepas sembahyang saya bersalam dan minta maaf dan minta doa selamat, ayah akan kata "haraplah selamat dunia akhirat'.

Moga anak-anak  dan cucu  ayah rajin-rajin menelefon ayah. Ayah boleh bercakap dengan hp....

8 comments:

Azima said...

Assalamualaikum Mama,

Syukur kpd Allah krn mengurniakan kesihatan yg baik buat ayah mertua mama..

saya suka tgk org2 tua ni..garisan2 usia di wajah mereka buat kita rasa syukur dgn rahmat yg dikurniakanNya,,,

Salam buat semua ye mama..

Anonymous said...

salam ju..suka tenguk keakraban ju dan keluarga dangan keluarga mentua..jarang dah sekarang ni nak jumpa..masing2 sibuk dgn kerja..

Kakzakie Purvit said...

Salam Mama Ju,

Terharu kakak lihat suami mama suap roti canai tu. Tapi masih beruntung dapat/berpeluang menjaga mereka. Sayu rasa....

Ayahanda kakak tak mahu ikut anak2 membuat kami setiap hari mesti telefon takut sesuatu terjadi sewaktu ketiadaan kami. Kami siap ada jadual lagi buat anak2 utk call dia. Memang risau.

Allah tahu apa dalam hati kita kan...syabas mama.

ummu said...

assalamualaikum mama
alhamdulillah tahniah mama dan suami mama.moga Allah merahmati

ainhany said...

Salam mama,

Terharunya....
Semuga ayah mama bahagia dan kuat ingatan utk beribadah.

Berbekam rasa ingatan pada ayah..

Terima kasiah

jari | jemari said...

hehe tok ayaaah!

Che Mid said...

Nampak jelas dari entri ni, akak sayang ayah mertua akak. Ayah mertua saya pulak dah hampir 10 tahun hilang penglihatan.. tapi terang hatinya. Sama2 kita doakan semoga mereka bahagia dunia akhirat ya kak!

CekWa said...

masih sehat lagi nmpaknya ayah mertua..alhamdulillah dikurniakan anak menantu yang sentiasa mengambil berat.