Tuesday, September 21, 2010

HARI RAYA ( 3 )

Masih dalam suasana raya. Malam tadi saya dikunjungi  10 tetamu termasuk blogger Azrin.  Camera  ada masalah teknikal..tak de le gambar...Ni gambar anak-anak yang pulang ke kampong terlebih dahulu ,membantu atok apa yang patut...
Gambar mak, mak mertua, adik dan anak2 beraya di rumah pertama  rumah Arwah abang sulong mak.
Raya ni kami bawa bapa dan mak mertua ke kampong saya. Jadi adik-adik ipar yang tinggal di Johor Bharu berkumpul di sini.
Adik Ipar  bersama isteri , anak, menantu dan cucu.
Bapa mertua dibawa berjalan oleh suami dan ipar.
 Masa ni kami menerima tetamu tanpa henti.Setiap rombongan tetamu anggaran 20 orang...Kami memasak apa yang  sempat untuk tamu2 terkemudian....Hehe tamu2 tu sebenarnya pakcik, makcik dan sepupu2. Malam kami dikunjungi pakcik yang dah lama tak bersua( sebenarnya saya bercadang nak ke kediamannya ....saya tak pernah bertemu isteri keduanya...) Alhamdulillah tiba2 dia muncul setelah bapa saya meninggal.....kami berbual panjang hingga tengahmalam!
Ramai yang keliru dan terperanjat melihat penampilannya kini....sangat mirip dengan bapa saya!
Acara ziarah ke rumah pakcik, makcik. Biasanya adik saya Ustaz Jamiluddin akan memberi sedikit tazkirah dan doa.
Ini keluarga sepupu saya Sdr Jalal.  Beliau anak  Hj Salleh, pakcik sulong. saya, Rasanya Sdr Jalal sepupu saya yang paling tua.Alhamdulillah baru raya ni saya mengenali semua anak2nya. ( Untungkan ada facebook....)
Ini anak sepupu saya Arwah Jonah Hj Salleh. Ibunya meninggal( kanser) semasa mereka masih kecil lagi. Sekarang dua dari tiga anak beliau telah berkahwin. Al fatihah buat ibu mereka.

Setakat ini dulu gambar-gambar raya......Mempunyai keluarga besar memang menyeronokkan. Saya mempunyai 22 pakcik, makcik sebelah bapa dan 7 pakcik,makcik sebelah ibu.  Sepupu?  Hampir 200!

Jumpa lagi.

10 comments:

Anonymous said...

salam
mama sayang

ramainya family mama..

semoga mama dan keluarga mama dalam redhanya selalu.. insyaallah

moga ada pertemua antara kita.. insyaallah

LiNda said...

Salam Mama,

Wahhh...
makin seronok baca n3 ini
ada banyak gambar
sukaaaa..

SiNoMoSa said...

Salam Mama Ju,

Seronok mama berhari raya
Sy turut ambil kesempatan utk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin mama atas segala keterlanjuran yang sengaja mahupun yang tidak disengajakan..
Smg ukhwah terus berpanjangan..I/Allah

Rozali said...

Assalamualaikum Mama Ju

meriahnyerr
ramai saudara mara
sedondun ... senang cam dr keluaga manakan

Wassalam

afeezz said...

salam mama ju : sepupu 200??? wow.. bole roboh rumah klu semua dtg..

Kak Sidah said...

Salam Mamaju,

Seronoknya raya..meriah ramai keluargakan.

Ku Din said...

Seronoknya melihat keluarga Mama Ju. Moga berbahagia selalu.

rezeki said...

salam mama

alhamdulillah, meriah dgn acara kunjung-mengunjungi yang bukan selalu dapat berbuat demikian

مسافر_اسلام said...

Assalammualaikom wtb mama,
Allhamdullah big Famly ya...dayouh pun ramai tak terhingga...makin seronok lihat blog mama, ada macam2 colour la....ceria je...
w.salam

KAMATO said...

seronok kan dapat berkumpul bersama keluarga