Wednesday, September 15, 2010

HARI RAYA (1)

Alhamdulillah, bersyukur terhadap ilahi dapat kita menyambut lagi hari lebaran pada jumaat 10 hb September, 2010. Seperti biasa selepas sembahyang raya sesi bergambar diadakan. Kali ni hanya tiga keluarga ada.
Kami berziarah ke kubur Abah yang meninggal pada 23 hb.Mac, 2009 di Sg Merlong, Rengit. Al Fatihah.

Kami juga berziarah ke kubur datuk nenek di Sg Bagan, Rengit. Sebelah petang kami berzairah ke rumah saudaramara.

Hari raya kedua...dua keluarga lagi tiba.Kami meneruskan program ziarah. Dah menjadi kebiasaan orang di sini berziarah beramai-ramai....biasanya adik saya akan mengambil sedikit masa untuk tazkirah dan berdoa untuk tuan rumah.
Hari raya ke empat kami pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan lancar.Adik dari Kelantan tiba. Anak saudara dari Kelantan dan Negeri Sembilan pun turut sama.Masing-masing bermalam di sini. Suasana sungguh meriah!

SELAMAT HARI RAYA!

6 comments:

Rozali said...

Salam Aidil Fitri Mama Ju

meriahnya
keluarga ramai,,, Alhamdulillah

مسافر_اسلام said...

Selam lebaran mama ju. Seronok berjumpa ramai2 begini. Semuanya ceria.

Ummi Humaira said...

salam kak Ju...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....

ummi tak dpt beraya ke rumah kwn2 di sini coz kereta dlm wad baru dlm sesi pembedahan,Alhamdulillah kami semua selamat cuma kereta saja yg cedera parah....mgkn ambil masa yg lama kata doktor pakar...

afeezz said...

salam idul fitri mama ju : meriah gak raya mama ju. ramai sanak saudara, mesti gamat suasana

taj said...

Salam Syawal mama ju,

wahhh meriahnyer...ramai...
tentu penat tapi seronok...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir&Batin...ikhlas dr taj

ainhany said...

salam syawal mamaju

MAAF DZAHIR DAN BATHIN
drpada anakanda

Syukurlah mereka yg pergi tetap di kunjungi dan diziarahi..

Aidilfitri yang dilalui
terkesan di hati
indahnya tak terperi
dihiasi warni keceriaan
gambaran keluarga bahagia

Selamat berpuasa syawal