Saturday, August 7, 2010

SELAMAT HARI LAHIR SINOMOSA!

Selamat hari lahir ini ditujukan kepada saudari Syima atau di PDKM menggunakan nama Sinomosa..(gambar bertudung pink)
Mama mengenalinya bermula di PDKM. Kami bertemu dalam satu majlis PDKM yang dikendalikan oleh Che Li. Kemudian kami bertemu lagi dalam majlis meraikan Dato Imran Paris.
Kemudian kami hari-hari bertemu di alam maya.....

Syima apa yang mama nampak agak malu-malu(memang pemalulah...) Dia suka senyum dan bercakap dengan nada perlahan. Tapi karakternya di maya amat berbeza.. Dia amat mesra ...Syima boleh jadi seorang sahabat dan pendengar yang baik.

Di kesempatan ini mama doakan moga Syima sentiasa di beri kebahagiakan dalam hidup di dunia dan akhirat. Moga dipermudahkan dalam menjalani kehidupan. Moga dipertemukan dengan jodoh terbaik dan soleh. AMIN.

Kalau makan nasi minyak jangan lupa mama....

5 comments:

SiNoMoSa said...

Salam sayang Mama Ju,

Alahai terharu saya dengan edisi entry mama utk diri saya..
Terima kasih banyak2 mama..
Terima kasih atas doa yang mama titipkan untuk saya, smg ianya dimakbulkan oleh Allah SWT.
Insya-Allah, jika tiba masa dan bertemu jodoh yang ditentukan terbaik untuk sy, akan sy layangkan kad jemputan kepada semua kenalan..Insya-Allah.

Psstt: Mama, sy memang pemalu orgnya huhu..
Mama apa beza sy di alam maya dan in real life? hihi bleh share?
pembetulan, itu tudung oren bukan pink huhu..[psstt pandai mama ambil gmbr sy eks..hihi xpe sy izinkan :)]

Ku Din said...

Salam.

Selamat Ulang Tahun. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Salam Ramadan daripada kami sekeluarga. Mungkin tidak mengenali saya dan keluarga tetapi kita tetap bersaudara.

ainhany said...

salam mamaju,

Tangan di tadah, AMIN diiring, semuga dimakbulkan hajat dan doa mama buat adik syima tu...

Hepey Berday SYIMA dan terima kasih mama atas peringatan dlm n3 ni. Alhamdulillah.

support@safiudin.com said...

Salam,

Selamat Hari Ulang Tahun Syima.

Semoga dipermudahkan dalam setiap urusan.

ps: kenduri kawin jangan lupa jemput ya... (dah lama tak makan nasi yang berminyak2...hihihi)

Aki44 said...

Salam mamaju,

Slmt hari lahir buat syima. Semoga kehidupan anda dibekati sentiasa.