Hari ini saya menerima berita kepulangan RADEN GALOH kerahmatullah. Al Fatihah buat Gemulah.
Dari blog Azlina saya membaca allahyarhamah sakit dan meninggal.
Pada sabtu 19 hb. Jun 2010 allahyarhamah menulis di blognya http://onebreastbouncing.blogspot.com/ masa tu beliau sakit kepala tapi cuba juga untuk menulis....
Allahyarhamah memang seorang yang tabah. Lihat kata-katanya"My word of zikrullah actually"
"It is not making me thinking about death but is making me feeling the love of Allah embracing me"
Sesiapa pun amat tersentuh melihat tajuk blog dan membaca nukilan-nukilannya.
Sesiapa pun tersentuh membaca doa yang ditujukan kepada pembaca blog ..
Menurut Sdr Mazidul tv3, beliau sekelas sewaktu menuntut di College di Shah Alam sebelum dihantar belajar ke Amerika Syarikat..Sejak berusia 17 tahun kawan-kawan memanggilnya ..datin.
Kalau tak silap saya, allahyarhamah pernah menjadi panel di TV untuk menceritakan pengalaman sebagai blogger.
Hari ini Isnin 19 hb Julai 2010 dia telah pergi. Dari blog Azlina, blog Prof Kamil, blog Roza, blog Mazidul dan ramai lagi blogger yang menulis tentang pemergiannya.Allahyarhamah diingati dan dikasihi.
AL FATIHAH BUAT DALILAH TAMRIN.
Moga yang terbaik untuk gemulah. Amin.
11 comments:
salam mama ju
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah. Amin
Salam Mamaju,
Akak pun suka baca kisah beliau dan selalu keblog tu..Al-Fatihah untuk Allahyarhamah..semoga roh beliau dicucuri rahmat..amin..
Assalamualaikum Mama Ju
moga kuburnya diteranggi dengan cahaya Syurga
amin
Wassalam
Salam Mama Ju.
Mengenali beliau dari jauh melalui ipar saya yg kebetulan sama2 belajar dgn beliau.Seorg wanita yg tabah dan kuat semangat.Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan kedlm gol hamba yg terpilih.
wassalam
AL FATIHAH
salam mama ju
Saya dapat tahu drpd blog mazidul. Apapun semoga rohnya ditempatkan bersama org org beriman.
Salam...
Al-Fatihah...saya yakin ramai akan mendoakannya...kerana dia seorang insan yg suka mendoakan orang2 lain...muga rohnya dirahmati dan ditempatkan disamping orang2 yg diredhai oelh Allah SWT...amin ya Rab
terimakasih kawan-kawan.
Makin ramai yg tahu mudah2an makin banyak Al Fatihah dan doa yg Gemulah terima.Moga gemulah bahagia di sana. Amin.
Salam Mama ju..
semoga rohnya dicucuri rahmat...Alfatihah.
salam mamaju,
AL FATIHAH ku iringi...
semuga perjlanan almarhumah mendamaikan di sana
trimakasih atas perkongsian ini
salam mama...
aruah seoarang yang sangat baik..dengan semua orang..ramai yang terasa kehilangannya tetapi itu sudat suratan illahi..
masih terasa pelukan erat darinya berkali-kali kami berpelukan 10 jun yg lalu mungkin dia sudah terasa saat kepergiaannya..
tiap kali dia menemui sesiapa yang terucap di bibirnya maafkan kesalahannya dunia dan akhirat..
semuga rohnya di tempatkan bersama para solohin..
Post a Comment