Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI LAHIR CIKGU INU DIN!

SELAMAT HARI LAHIR BUAT CIKGU  INU DIN. MOGA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT.

Saya sekadar berbasa basi ....mengenai buku Tragedi Gunung  Ledang  dan satu lagi buku tu. Saya tertarik dengan rekaletak buku tu. Sungguh!
Saya pun tak sangka akhirnya saya menerima buku tu dengan pos laju lagi.......Terimakasih banyak-banyak kepada penyelengara buku ini, cikgu Inu Din. Alangkah bagusnya kalau buku ini berada di pasaran terbuka...

Buku ini mengandungi 15 cerpen daripada murid  dan bekas murid Sekolah Sains Muar Johor. Lebih menceriakan suasana diselitkan cerpen daripada Tuan Penyelenggara sendiri.

Saya petik Seuntai Kata dari Penyelenggara buku ini dan komen saya. Maaf ya cikgu...saya takut komen saya ni menyinggung cikgu ..

TEBEDU- Karya Zainuddin Dirin.Bertemakan satira haiwan.. Memaparkan kisah habitat haiwan yang musnah akibat pembangunan yang tidak dirancang.( Pandai betul pengarang bermain kata-kata..nampak cantik bila haiwan tu berwatakan manusia.....Di pertengahan cerita unsur suspen dah kelihatan dan berakhir dengan rasa kekesalan yang amat terasa. Sungguh!)

Cerpen di bawah semua hasil nukilan  murid SAMURA. Saya angkat tangan kepada mereka kerana kebijaksanaan mereka mengolah cerita  dan membuatkan cerita itu benar-benar nampak hidup.Mana mereka dapat idea? Mereka memang layak dan bakal jadi penulis hebat jika terus digilap!

BINGKISAN BUAT BUAT MARINI- Karya Muhamad Zaki Amali Bin Basiron.
Mengungkap kisah dilema gadis kembar yang berlainan perangai, lupa diri setelah berjaya sebagai penyanyi.Manakala Marina pula seorang peguam yang berjaya begitu rindukan adiknya Marini yang semakin menjauh.(Tahniah kepada penulis kerana sekarang di UNISABAH dalam jurusan perubatan. Menarik ayat yang digunakan , berakhir dengan duka..Saya agak keliru dengan kenyataan ms 15 dan  ms 16..mengenai pesanan ibunya...waktu tu diaorang umor berapa?..maaf kalau saya silap faham...)

QISTINA-Karya Amirah bte Azhar.Mengisahkan gadis muda yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.(Tahniah, Amirah belajar di US?...Menarik, berakhir  dengan kesedihan juga.)

WUK MA NAI-Karya  Ungku Mona Asmahan dan  DIARI TEMBOK BESAR CHINA Karya Afiqah Baharom.(.Saya tertarik dengan kedua kisah ni. Kisah jenaka mistik .Bila habis membaca rasa lucu sangat..macam mana Ungku boleh terfikir kisah orang bunian dengan Britney Spears tu...Afiqah pulak membawa kita jauh meresap ke dalam tembok tu sendiri....tak terfikir pun...)

TRAGEDI GUNUNG LEDANG-Karya Muhamad Fahmi Shari. Ia diangkat sebagai judul antologi ini. Ia mengisahkan seorang anak yang menjadi yatim piatu setelah kehilangan semua ahli keluarga dan sahabat karib akibat tragedi runtuhan di Gunung Ledang.(Sedih sangat...)

Itu sekadar beberapa cerpen....cerpen lain pun sama menarik...syabas kepada anak-anak. Tulisan kamu macam orang dewasa!TAHNIAH.

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum mama ju

mukin hasil ajaran daripada guru sementara yg lalu

Wassalam

مسافر اسلام said...

Salam mamaju,
kaki gunung ledang meberikan seribu pegertian dalam kenangan.
Seronokan bila di kenang.

Cerpen yang menarik..

Salam.

INUDIRIN said...

Terima Kasih Bonda kerana memuatkan hasilan anak-anak didik SAMURA ke dalam blog Bonda. Terharu sangat... Memang banyak kekurangannya sementelahan bakat mereka dikesan melalui hasil pertama mereka ini. Zaki Amali kelihatan lebih matang sebab mendapat didikan dan dicantas beberapa kali hasilannya. Boleh dicanai menjadi 'WAWAN' suatu masa nanti. Saya pun berbangga dengan mereka walaupun ada kesilapan dan kesalahan yang menjadikan mereka lebih peka pada masa akan datang... Terima kasih Bonda kerana memberi kredit kepada mereka...

Ayah Zain said...

salam mamaju

mamaju ni seorang yang perihatin. Semoga Allah memberakati mamaju sekeluarga

INUDIRIN said...

Betul AYah Zain... Syurga buatmu Mama JU...