Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU

Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mendidik kita.Cara kita mengucapkan terimakasih kepadanya ialah dengan menangis sepanjang malam.

Menjelang usia 3 tahun,ibu memberi makanan dengan penuh kasihsayang,kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 7 tahun,ibu belikan sebiji bola,kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran.

Ketika berusia 12 tahun, ibu menyuruh kita membuat kerja sekolah,kita ucapkan terimakasih dengan menunggu ibu alpa untuk menonton tv.

Ketika berusia 13 tahun,ibu menyuruh kita memakai pakaian menutup aurat,kita mengucapkan terima kasih dengan memberitahu pakaian itu tidak sesuai.

Ketika berusia 14 tahun,ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama,kita mengucapkan terimakasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun atau menelefon.
Semasa cuti kita asyik mengunci bilik.Ketika ibu menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia remaja,18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat berita kita ke IPTA.Kita ucapkan terimakasih dengan bergembira dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 20 tahun,ibu bertanya samada kita ada teman istimewa,kita kata”Itu bukan urusan ibu”

Ketika berusia 21 tahun,ibu member pandangan tentang kerjaya.Kita kata”Saya tak mau jadi seperti ibu”

Ketika berusia 25 tahun ,ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita.Ibu menangis dan memberiahu betapa dia sangat sayangkan kita.Kita ucapkan terimakasih dengan berpindah jauh dan jarang menelefon.

Ketika berusia 30 tahun,ibu memberi nasihat penjagaan bayi.Kita kata”Itu dulu”

Ketika berusia 40 tahun,ibu menelefon mengingatkan ada kenduri kendara di kampong.Kita berkata”Kami sibuk,tak ada masa nak datang”

Ketika berusia 50 tahun,ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,kita bercerita mengenai kesibukkan dan kisah ibubapa yang menjadi beban kepada anakanak;

Dan satu hari kita mendapat berita ibu meninggal dunia!Khabar itu bagaikan petir
Dalam lelehan airmata,barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.


Saya petik kisah yang saya simpan dari akhbar Utusan Malaysia tahun 2006.


Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada ibu saya Hajah Jamilah bte A.Aziz.
Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada ibu muda mertua saya Hajah Ramlah bte Bahari.
Moga ibu berdua bahagia di dunia dan akhirat. Maafkan anakanda jika ibu berdua ada berkecil hati dengan anakanda. Anakanda kadangkala cuai dan ambil mudah sesuatu perkara. Doakan kebahagian anakanda sekeluarga dunia dan akhirat. AMIN.

12 comments:

sinomosa said...

Salam Mama Ju Tersayang,

Alhamdulillah kita dipertemukan utk mbuahkan ukhwah dan ikatan psaudaraan yang jika diarahkan kepada kebaikan maka bmanfaatlah ukhwah itu.
Terima kasih mama kerana sentiasa sudi luangkan masa untuk mberi nasihat pada anakanda di ruang blog atau jua fb.

Tersentuh sy mbaca kisah n3 mama, betapa baiknya ibu tersebut namun penyesalan anak tidak berguna kerana telah dipenghujungnya..huhu

Sy juga sentiasa bdoa untuk menjadi anak yang baik yg dpt mbahagiakan ibubapa sy dgn apa adanya sy.

Mama, selamat hari ibu..
Salam sayang dari anakanda.

Anonymous said...

salam ju..n3 diatas memang betul bagi kita yg sentiasa sibuk ni..minta2 kita dijauhkan Allah tergolong dalam golongan yg hanya sedar n rindu bila ibu sudah tiada..

مسافر اسلام said...

salam ummi...besar benar pegorbanan ibu. Ibu yang banyak berkorban untuk anak2anaknya..

Syurga itu di bawah telapak kaki itu.

Macam lagu Aisyah. kasih itu.

selamat hari ibu saya ucapkan mama ju.

salam

ummu said...

salam mama ju
terima kasih ya mama ju atas perkongsian ini.saya minta izin nak publish di blog ibu saya ya,mama Ju.

selamat hari Ibu buat mama Ju.

Azima said...

Salam Mama,

Terharu dgn coretan ini....moga2 kita tidak tergolong dlm golongan itu..InsyaAllah..(meskipun arwah mamaku telah tiada..tapi titipan doa tak pernah kulupakan..kasihku terhadapnya tetap subur seperti semasa hayatnya..)

Buat Mama JU.."selamat hari ibu"...semoga mama sihat selalu dan bahagia dlm limpahan dan rahmat Allah bersama keluarga tersayang...I LOVE U MUM...

Wassalam

Anonymous said...

salam...
cikju, Selamat Hari Ibu!!. Moga-moga panjang umur n dimurahkan rezeki. Doakan kejayaan Dila yek,, n mama kirim salam dgn lafaz "Assalamualaikum.."...:D

Wawan Saini said...

selamat hari ibu mama.

Ayah Zain said...

Salam mamaju

semuanya benar belaka apa yang di catatkan itu

Anonymous said...

Salam mama,

huhuhu,,,sedihnya baca n3 mama...semoga kita tidak tergolong dalam golongan anak yang tidak mengenang jasa ibu itu....salam sayang & selamat hari ibu daripada anakanda Hanis....

Rohani M.U said...

Salam mama ju.
N3 yang bermakna dan rugi jika tak dibaca. Selamat Hari Ibu. Semoga mamaju diberkati Allah swt dan ceria selalu.

shami2 said...

Salam mama..

Insyallah sama2 kita jaga ibu kita selagi ada, ingat mengingati antara kita supaya kita sentiasa ingat akan jasa ibu dan bapa kita semua itulah yang terbaik...kan
Manusia sering buat kesilapan tetapi dengan mengingati ia akan menjadi kesedaran pada yang berkenaan kan...
"Selamat hari ibu untuk mama ju"

Aida Ali said...

Selamat hari Ibu buat ibu yang penyayang