Sunday, May 2, 2010

DATO IMRAN PARIS DAN KELUARGA


Alhamdulillah. Dari 20, ave du President Kennedy, Paris Dato Haji Imran dan keluarga akhirnya menjejakkan kaki ke Mekah! Selamat datang ke tanah bertuah..

Kedatangan beliau dan keluarga disambut oleh Haji Azli di perkarangan Hotel Safwah. Pemandangan dari bilik penginapan amat mendamaikan kerana Kaabah sentiasa di hadapan mata!
Beliau bersama isteri, empat anak dan Haji Azli di pejabat Hj Azli.

Si cilik Iman yang lahir di Paris ni pun buat umrah.

Cutenya Iman.

Saya mengenali beliau dari Prof. Mohd Kamil Ibrahim. Blog beliau menarik perhatian saya. Bermula dari blog beliau ke Blog PDKM hinggalah pertemuan diadakan ketika beliau pulang seketika ke tanahair.


Terimakasih dari saya dan suami kerana sudi menjadikan kami sebahagian dari sahabat.
Beliau seorang yang mudah mesra, mudah didampingi dan merendah diri.
Saya harap saya akan bertemu lagi .

Selamat menjalankan ibadah umrah dengan tenang dan mendapat umrah yang mabrur.
(Dato.....ada call Ustaz Yazid? Selepas Dato bercerita tentang Ust tu...sekonyong-konyong ustaz tu call suami saya!)

Kirim salam takzim saya buat isteri dan anak-anak.

4 comments:

kak su said...

Salam Mama JU..
Alhamdulillah...zaman sekarang enggang dan pipit dah boleh terbang bersama2. Semuga ikatan ini berpanjangan...Amin.
Wslm.

Anonymous said...

salam ju..itulah nikmatnya bila dapat bersahabat dgn mereka yg tak kira pangkat n darjat..bertuah ju..selain berjumpa dialam maya dapat pula berjumpa bertentang mata..

Ayah Zain said...

Salam Mama Ju,
baguslah mamaju menghargai sahabat. ALhamdulillah.

ainhany said...

salam mamaju

alhamdulillah....semuga dato im sempurna mengerjakan ibadah dan mmperolehi umrah yg mabrur.

betapa betuahnya penghargaan daripd sahabat kepada sahabat..tahniah mama..salam ukhuwah-_-