Thursday, April 29, 2010

SELAMAT HARI LAHIR KE 93




Selamat Hari Lahir diucapkan kepada ayahanda mertua. Di kad pengenalan tertera 28 hb April, 1917 bermakna ayah sudah 93 tahun!

Ayah nampak sihat.Subuh tadi saya kejutkan ayah untuk sembahyang subuh sambil mengucapkan selamat Hari Lahir. Ayah seolah-olah memahami dan menerima seadanya. Saya katakan padanya" Bersyukur ayah masih dipanjangkan usia"Ayah masih mampu menguruskan diri untuk ke tandas ......

Hari ini ayah 'down' betul. Ayah bersembahyang subuh tapi berkata-kata...tiap satu perbuatan ayah akan tanya apa yang harus dibaca. Ayah tak pernah macam ini. Selalu ayah akan tanya sekarang nak sembahyang apa dan ayah melakukannya sendiri walaupun mengambil masa yang lama....

Ayah habiskan masa dengan tidur. Tapi ayah pasti akan terjaga kalau kita kata nak ajak berjalan atau nak makan....Kalau saya tenguk ayah liat atau tak ingat untuk bersembahyang...saya akan gunakan idea ini....Ayah makan!

Ayah sangat suka air milo paling manis. Ayah suka biskut manis. Ayah akan membilang-bilang biskut tu sampai ayah puashati. Ayah juga suka mee goreng dan burger. Dulu waktu cucu-cucu makan maggi ayah kata dia tak pernah makan maggi ( nak la tu...)

Dulu-dulu ayah menjadikan Quran sebagai peneman hidup, maklumlah ayah seorang ustaz. Tetapi keadaan sudah berubah kerana keuzurannya. Kami kenakan cermin mata kalau nak suruh ayah membaca. Ayah selalu kata"Ayah dah tak nampak"Tapi bila suami memulakan bacaan tetiba je ayah sambung bacaan dengan lancar. Nampak pulak tulisan kecil tu. Ayah baca Yassin dan Tahlil sampai habis! Ada masa ayah buat senaman regangan yang ringan-ringgan...mau pulak ayah ikut...Semua ini saya serah pada suami.

Ayah akan rujuk kepada ibu muda kalau ayah nak menghafal...lepas ni baca apa...lepas ni baca apa? Saya bersyukur sangat kepada ibu muda..ibu muda amat prihatin.Bantuan anak tak sama dengan pengorbanan isteri, isteri lebih memahami....

Kalau ayah ada wudhu ayah amat berhati-hati. Kalau saya menyentuhnya ayah cepat-cepat menarik tangan dan mula bising. Saya katakan saya menantu. Ayah akhirnya memahami....

Ayah hanya mengenali saya sebagai menantu. Ayah tak ingat nama saya lagi. Sebenarnya nama-nama orang disekelilingnya pun ayah tak ingat. Tapi ...."Siapa yang jadi imam tadi?, siapa yang gunting rambut tadi? ayah bertanya "Adnan" "Oh macam nama anak ayah..."(Memang Imam tu anak ayah!)

Saya bukanlah menantu terbaik tapi doakan saya menjadi menantu yang baik.

Saya titipkan puisi dari anakanda ROHANA BT ABD RAHMAN yang saya kenal dari alamaya.
Beliau ialah pelajar perubatan yang sedang menuntut di Makasar,Indonesia.

SURAT IBU
Kalau ibu lagi tidak mahu makan
jangan paksa
ibu tahu kapan ibu lapar
namun kalau makanan yang ibu makan bersepah,
mengertilah, tangan ibu sudah mengeletar, tidak sekuat ibu
mengendungmu dulu

kalau ibu lambat berjalan,
tunggulah ibu
kenangkan sabar ibu mengajarmu berjalan ketika kamu masih
kecil

kalau ibu tidak sempat ke tandas
jangan kamu marah ibu,
membasahkan katil mahalmu,
ibu mohonpengertianmu
kayak ibu mengerti kamu sewaktu ibu membersihkan dan
memakaikan lampin untukkmu dulu

kalau ibu tak mahu meninggalkan teratak buruk ini
janganlah dipaksa ibu ke rumah orang tua,
ibu asing di situ
ibu damai di rumah pusaka ini
namun yang ibu pinta, sedikit masamu untuk menemani usia
tua ibu
mungkin kamu tidak mengingati waktu ibu bersengkang mata
ketika kamu merengek untuk disusukan.

Ibu dan ayah tidak mahukan harta dan wang ringgit melimpah
kami hanya mahukan kasih sayang sebagaimana kami berikan
pada mu dulu,
sehingga kamu menjadi apa yang kamu jadi
ibu dan ayah boleh menjaga kamu adik beradik 10 orang,
namun, tidak adakah salah seorang dari kamu mampu menjaga
kami?

Puisi ini sungguh menyentuh perasaan saya. Amat terharu. Beliau mendengar bait-bait ini dari Pak Gurunya. Kemudian beliau menulis dalam bentuk puisi.
Terimakasih banyak-banyak anakanda Rohana!

19 comments:

Rohana said...

omg maa,,,huhuhu,,terharu ni,,xkan sangka mama suka,,hehe,,terima kasih mama,:)..

Rohana said...

lupe,,selamat ulang tahun untuk ayah mama,,moa pngjg umur sihat sentiasa,amin,,:)

Anonymous said...

salam ju..bersyukur yg ayah mertua ju masih sihat n tidak nyanyuk..didoakan sihat n dapat bersama anak menantu n cucu kesayangan.

kak su said...

Salam mama ju...
Ya Allah terharunya membaca nukilan akak ni...
Untung akak masih ada org tua utk diajak bicara...
Tapi saya teringin nak tumpang kasih, tapi pada siapa...
kekadang tu bila jumpa ibu mentua adik2 terharu rasanya...ingin nak bermanja..tapii..
Hanya Allah lah tempat mengadu...
Wslm.

Azima said...

Salam Mama,

Syukur pada Allah krn Mama masih ada mereka utk berbicara...
Selamat Hari Lahir buat ayahanda mertua Mama.Semoga diberikan kesihatan yg baik..InsyaAllah.

salam buat Mama sekeluarga..

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam mama ju,

akak ucapkan selamat ulang tahun kpd bapa mertua mama ju. alhamdulillah, masih sihat & boleh uruskan diri sendiri.

atuk said...

Assalamualaikum mama ju

Alhamdulillah ada kesempatan untuk membalas jasa2 orang tua, walaupun bapa mertua, tapi bila dah kawin, ia mengantikan bapa sendiri
papa ju misti seronok dan senang hati melihat isterinya menghormati bapa nya

atuk said...

Salam mama ju

selamat ulang tahun untuk bapa mertua mama ju yg ke 93

Wassalam

mamawana said...

Salam Mamaju

Bestnyer puisi ni...sangat bermakna
Selamat panjang usia semoga diberkati pada ayah mertua dan semua di sini....ihik

aznaz said...

salam from Makkah..


moga allah swt panjangkan usia ayahanda dan berada di abwah lindungannyer..dunia dan akhirat..

waslam

My Life said...

salam
dear mama

semoga allah swt panjangkan umur tok ayah.. sentiasa didalam redhanya..

rezeki said...

salam mama

alhamdulillah, semoga ayahanda mertua mama dikurniakan Allah keselesaan dan kesihatan yg baik di penghujung usianya

insyallah

AbbotCottage said...

Mama...bergenang air mata tatkala membaca titipan mama..sungguh terharu. Moga ayah mama sihat seadanya, Insya'allah. Sabar dalam segalanya, saya mendoakan Mama dikurniakan pahala yang diredhai Allah SWT, Insya'allah...sayangilah Ayah sebelum dia meninggalkan kita...
sayang Abah saya sayang Mak saya, moga mereka dicucuri rahmat, Al-Fatihah...

ainhany said...

salam mama

selamat ulangthn kelahiran buat ayahda mertua mama. semuga ALLAH mngnjari pahala berterusan dan sihat serta dapat beribadat dgn sempurna.Berkhidmatla maa, ain rindu wajah tua dan kulit kedut seorg tua bernama ayah...kini peluang maa utk terus melipatkan pahala..selamt khdmat

Maa..betapa puitisnya sajak tersebut..takmampu kunyatakan betapa berlopaknya mataairku,.syukran maa..mnyedarkan ain dan ain mahu pulang melihat emak..satu2 permata syurgaku.
SUBHANALLAH

safiudin.com said...

salam,

selamat hari ulang tahun ayahanda..

semoga dalam perlindungan.. Allah.

ps: teringat ayahanda sendiri yang telah tiada...

Rohana said...

salam,
terima kasih semua kerana menyukai puisi saya, idak lah puitis seperti penulis yg lain,tapi masa itu sy teringt mak dikg,,setiap masa teringt mak dikg,,:)

Rohana,makassar,indonesia..

wassalam

pak long said...

salam...
moga akan selamat semuanya...

Wawan Saini said...

salam mama..
titip salam buat ayah mama yea/
puisi 2 menyentuh hati..
thanks kak ana..

Rohani M.U said...

Salam.
Beruntunglah kerna masih mempunyai seorang bapa di muka bumi ini. Bagi yang tiada bapa atau bapa telah terlebih dahulu dijemput kembali kepada Penciptanya sentiasalah mengingatinya dengan Al-Fatihah.
Semoga mama ju sekeluarga sentiasa sihat walafiat dan diberkati Allah swt.

Wassalam.


p/s : terharu......huk huk huk huk huk......