Monday, March 1, 2010

JUMAAT/SABTU PROGRAM ZIARAH


Sempena cuti maulidulrasul masing2 balik ke kampong. Tu anak saudara Ustaz Rajib dan Najwa dah sedia menanti. Ini rumah pertama yang diziarahi...

Dalam perjalanan bawa cucu saudara Imran makan nasi goreng dengan ayam goreng berkunyit. Dia ni memang pengiring tetap kami!

Perjalanan di teruskan ke rumah kakak ipar Kak Jamilah. Ayah, makcik, adik beradik, sepupu, anak saudara semua berkumpul malam ni di sini. Mereka mengadakan majlis sembahyang hajat dan sambutan maulidulrasul. Kami menemui Sdr Mat Yatim, (biras) yang kami lihat dah boleh berjalan. Alhamdulillah.


Nampaknya ayah dan makcik seronok tinggal di sini..Ayah kadang2 ingat2 lupa..selalunya saya akan beritahu nama dahulu... Tapi kadang2 boleh berborak dengan ayah. Saya suka tanya pasal sejarah dulu2. ...Sembahyang hajat juga untuk kesejahteraan adik ipar Ustazah Razinah. Moga dia akan pulih sepenuhnya.

Bertudung hitam ketawa riang tu, sepupu anak saudara Siti Safura. Pertama kali jumpa. Beliau pensyarah fine Art di UITM. Rancaklah saya berbual kerana konon-kononnya saya ni pun minat seni! Beliau akan membuka studionya tak lama lagi. Sebelah beliau anak saudara ,Norhanani, Pegawai Pembangunan Wanita....Antara kerja beliau melayani masalah masyarakat! Alahai,Macam2 masalah rumahtangga, ada masalah kereta pun jumpa pegawai! Saya memang tabik dengan beliau dalam menghadapi kerenah masyarakat.. Nani juga amat berminat dengan seni lukis. Saya tertarik dengan lukisan2 lamanya yang disimpan didalam album khas. Ibu beliau Kak Jamilah juga sangat prihatin dengan masyarakat, beliau ialah s/u Bahagian....

Ini cucu saudara, anak Najwa dan Nadiah. Anak saudara ni dua-dua orang undang2. Pasal bercakap serah kat mereka!

Sabtu kami ke rumah anak saudara, Nabilah.Beliau baru 4 hari bersalin. Dapat cahaya mata perempuan. Ini anak ke lima. Nabilah seorang Pakar Kajikuman. Pagi subuh tadi mereka berjumpa Tok Guru Nik Aziz untuk upacara bercukur.

Baby belum lagi bernama...Tu bapanya Rafidi, yang baru bertukar dar Pulau Pinang ke Hospital Pasir Putih..Kabarnya jadi Pengurus Bahagian Hemo...

Dari rumah Nabilah kami ke rumah adik, Rodiah di Beris Kubor Besar.
Kami ambil peluang juga ke Pasar Siti Khadijah. Beli2lah sikit...Makan ABC...rasanya... Nampaknya nak pekena ABC Hanis kat Shah Alam!
Ronda2 juga kat sini...Istana Besar. Tempat ni biasanya digunakan untuk upacara penganugerahan majlis di raja. Merasa juga masuk ke sini sempena ....
Ini ialah Bank di hadapan istana. Digunakan untuk memasukkan wang perbendaharaan pada satu ketika dulu.

Lewat petang kami mengembalikan kereta dan membawa anak2 buah ke airport untuk makan2..
Penerbangan kami jam 9 malam...8.40 malam kami masih menunggu adik yang nak mengirim barang untuk anaknya....alhamdullillah sempat. Kami bergegas menaiki kapal terbang. Orangramai! Saya masih di pintu masuk ketika pramugara buat pengumuman! Jam 10 malam kami sudah berada di LCCT. Alhamdulillah.

4 comments:

Atikah said...

Salam mama ju,

Seronok tgk gambar2 percutian mama.... saya kalau balik kg hanya memerap kat kg jer...

P/s: mama, maaf ler tak reply msg mama... phone saya problem tak leh nak antar msg...

rezeki said...

salam mama ju

alhamdulillah, jarak bukan lagi penghalang sekarang

kalau dulu, memandu mau berejan2 lamanya

kalau dari tempat saya ni memandu ke KB mau 12-13 jam

setiap minggu boleh balik KB

everyone can fly

YB said...

Salam mamaju

Teringat lagu arwah sudirman, balik kampung. Habis nak pergi mana lagi. Tempat percutian termurah, dan ada berkah pula jumpa saudara mara.

sonata anak kancil said...

seronoknya dapat berterbang ke KB...ramai sedara mamaju ye....