Sunday, November 22, 2009

PASAR BORONG SELANGOR






Pagi Ahad, saya dan suami ke Pasar Borong Selangor. Pasar ni berhampiran dengan rumah. Seminggu sekali kalau tak sibok kami memang ke sini. Harga barang tak juga murah, yang penting banyak pilihan. Pasar ni dibuka 24 jam.
Saya pernah pergi jam 11 malam, tapi masa tu tak banyak pilihan. Kalau pukul 4 pagi mungkin lain suasananya, gerai2 ayam dah buka... dan taukeh2 restoran dah mula mengunjungi pasar ni...
Bila masuk pasar, biasanya mula2 ke kedai jual ayam. Hari ni harga ayam rm 5.80. Kedai nilah yang biasa saya pergi. Dia ada dua gerai di sini. Masa saya tanya tu dia jual sehari 300 ekor ayam... Dia ada juga kedai runcit 'Sri Baling' dan ada restoran lagi.Saya ke tempat ikan pula. Biasanya saya cari penjual Islam. Pot saya di sini, tauke orang melayu tapi pekerja orang Mymar. Ada 6 pekerja Mymar di sini. Saya tak pernah nampak orang yang dikatakan mereka tauke tu, saya syak tauke menyewakan gerai kepada orang asing... Di pasar borong ni rata2 penjual adalah orang asing.
Harga ikan di sini berpatutan. Hari ni bawal rm 12. udang rm 13. Mereka menawarkan khidmat menyiang lagi... jadi balik rumah terus memasak je..
Di pasar ini juga ada menjual ikan2 import seperti salmon dan sedara2nya. Ikan salmon dijual dengan harga rm80/kilo. Kalau teringin beli je sepotong dua... isinya halus...

Ini gerai menjual daging. Dalam gambar ni ialah adik boss. Mereka orang Kelang.Harga daging antara rm20-22. Hari-hari biasa dia menjual 1-2 ekor lembu. Hari hari tertentu dia menjual sehingga 12 ekor! Satu ekor dalam 180 kg. Jadi 12x 22 x 180 wah sudah rm47,
520.Betul ke saya kira!

Saya juga ke kedai menjual daging import, daging kat sini murah, datang dari India. Saya membeli paru dan bebola daging.Tuan kedai ni saya kenal benar, masa anak2 bersekolah rendah dialah yang membawa anak2 saya ke sekolah.... Sekarang dia pakai mercedes mata bulat hitam berkilat!

Satu lagi kedai kegemaran ramai ialah Balaji.Kedainya luas, terletak di belakang Pasar Borong. Dulu saya juga gila2 berbelanja di sini. Saya dapati tak semua barangnya murah.. saya tengok hari ni harga beras Jasmin 29.50 sedangkan di Carrefour semalam 27.50 kalau tak silap. Saya bertukar berbelanja ke carrefour atau kedai lain.. lebih2 lagi bila ada pekerjanya yang tidak boleh berbahasa melayu! (Pekerjanya ramai, didatangkan khas dari India). Saya berjumpa salah seorang kakitangan pengurusan bertanya kenapa barang2 mahal. Dia kata 'Harga dunia naik, hari hujan... bla.. bla... nampak gaya mereka dengan sewenang2nya naikkan harga. 'Berapa kenaikan harga bawang hari ni?' Tukang sukat kata '70 sen!'

Di sini juga ada nursery. Biasanya saya singgah untuk cuci mata atau membeli pokok2 yang saya atau suami berkenan..

Di sini juga ada kedai2 menjual buah2an. Ada kedai perabut dan ada kedai hardware.

2 comments:

Ayah Zain said...

Salam Mamaju,

Salam perkenalan. Baru hari ini dapat datang umah mamaju. Menarik.

p/s: segarnya nampak daging tuh. teringat nak buat rendang daging NS raya haji ini.

mama ju, said...

Terimakasih Ayah Zain.Cuti tak mengajo buat apa?Selamat hariraya adha.