Sunday, November 8, 2009

Hari Hari Berlalu....

Masa berlalu pantas.Sedar tak sedar dah 10 hari berlalu.Dalam masa 10 hari macam2 dah kubuat.Tanpa ku duga dalam 10 hari ni aku dah pergi 5 buah kedai buku!

Aku beli novel 'KuSerah ' dan 'Andainya Takdir tu'.Hari Jumaat tengahari di kedai Minerva seolah olah ada diskus antara peminat2 novel di situ,aku pun ikut sama....berbincang buku2 mana yang sesuai untuk dibeli...tapi lain orang lain citarasa....diaorang kata buku di atas menarik dan sedih.... Bila aku baca tak pulak aku rasa macam tu..

Pada hari yang lain,aku beli novel 'Cinta antara kau dan aku'.Aku beli kerana carta di MPH novel ini di kedudukan pertama.Aku beli juga 'Pelangi'kerana ada karya Hlovate!Aku suka dengan karya beliau.Aku mencari siapa Hlovate,tak jumpa.Aku tahu dia ada di luar negara,ada yang kata dia buat PhD...Dalam blog2nya dia mengunci tentang biodatanya....mungkin Kharyin penulis 'Zaharah De Tigris' yang menuntut di Glasgow tahu akan Hlovate!Aku akan tanya kat K nanti...

Dalam pada itu aku menemui buku2 yang dijual dengan harga RM5 di Carrefour.Buku2 tu diterbitkan pada 2005.Antaranya yang aku beli 'Call of the dragon' kisah sejarah pulau Tioman.'Memoirs of a boys soldier' 'Chicken soup....' 'A short history of Asia' 'chinese Dictionary' dan 'Suduko'Aku baru belajar suduko dari anakku...Wah bukuku di carrefour sudah 6!

Aku ke MPH di Alamanda.Ada pulak buku yang dah lama aku berkenan,kali ini dijual dengan harga 50%.Buku tu '100 Great cities of the world 'Menarik , sesuai untuk rujukan dan koleksi.Aku beli juga 'Haji Muda'Aku nak berikan buku ini untuk adik2ku..

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama menyaksikan pameran 'criminalise War' .Suasana agak mengerunkan ,berbagai siksaan dapat disaksikan,Aku rasa terharu sekali melihat wajah bayi2 di Iraq...Melihat senarai barang2 sekatan yang tidak boleh dibawa masuk ke Iraq amat menyedihkan ...

Bertempat di PWTC juga satu pameran inovasi Kebangsaan diadakan.Aku,anak2 dan suami turut sama hadir.Kami ke majlis penutup,majlis penyampaian hadiah inovasi Kebangsaan.Aku amat tertarik dengan ucapan Menteri Sains yang pandai berkatal kata....Diakhirnya diumumkan pemenang2 berbagai kategori.Kami mengambil peluang bertemu bual dengan pemenang akar umbi dari Sekolah Teknik Kuala Krai,Kelantan dengan ciptaan mereka 'Penyapu pintar'

Aku dan suami juga sempat balik ke kampongku,bermalam di sana dan kemudiannya ke Johor Bharu untuk turut serta ke majlis perkahwinan anak saudaraku.

2 comments:

rezeki said...

salam mama ju,

minat mama ju sama dgn minat my mrs. 1 bulan 5-6 novel juga dia boleh habiskan. Bila dh habis mulalah dia tanya, bilalah buku baru nk sampai ?

tapi semua masuk a/c kompeni, dpt dgn harga pembekal disc dlm 30-45 %

ni bulan ni belum sampai lagi novel baru

mama ju, said...

TKASIH.Mama minat sikit2 je.