Sunday, October 18, 2009

aduhai nenek Mariam!

Berita harian 30 september 2009

Siti Nurbaiyah Nadzmi

Aduhai n nenek Meriam

Pada hari selasa jam 3.30 petang,Park menelefon saya ,katanya upacara pembakaran mayat yang sepatut jam 11 pagi tergendala apabila pegawai pejabat Kedutaan Malaysia di Seol memaklumkan jenazah meriam akan dibawa pulang ke Malaysia.

Park mendraf surat yang menyatakan bahawa Ji membenarkan Mariam dibawa pulang.Surat itu diserah dengan tangan ke pejabat kedutaan pada jam 1.30 th.

Park meminta saya bersimpati dengan kedua2 keluarga di Seol dan Kota Tinggi untuk mengesahkan apa yang telah berlaku.

Saya mendapat tahu Kohilan (Timbalan Menteri Luar)memaklumkan bahawa Wisma Putra tidak ada kuasa untuk membawa pulang Mariam kerana Mariam telah melucutkan kerakyatannya pada akhir 2007 dan permohonannya diluluskan pada awal tahun lalu.

Bingung saya dibuatnya.Bagaimana mungkin Mariam melepaskan paspotnya pada tahun yang sama beliau mendapatkanya dan selepas menunggu 64 tahun? Siapakah yang meracuni fikiran nenek itu untuk melepaskan hak kerakyatannya?Jika benar.,mengapakah beliau masih ingin pulang tiga bulan lalu.

Park m enelefon saya pada hari Rabu,suaranya lebih ceria.Sister Seraphina, seorang biarawati yang bertanggungjawab memperkenalkan Park kepada Mariam dan menjaga Mariam sebelum dia dipindahkan ke rumah wargatua,menghubungi professor di Suwon Universiti yang pakar dalam menguruskan jenazah keluar Negara.

Park meminta saya menghubungi Jelani sekiranya mereka bersedia menuntut Mariam.

‘Kam i sedia membatalkan upacara pembakaran pada Jumaat jam 3 petang.’

Peta ng itu harapan untuk Mariam kembali ke tanah air kembali cerah,tetapi sekali lagi Wisma Putra bermain tarik tali dengan keluarga Mariam.

Khamis,36 jam sebelum upacara pembakaran saya menelefon Park.Terkejut bila kedutaan menolak mentah-mentah permintaan un tuk membawa Marian pulang.,walaupun kali ini Mariam pulang sebagai rakyat Korea,dibiayai dermawan Korea dan diurus oleh kerajaan Korea.Apa lagi yang tak kena?

Jelani yang semakin buntu tidak berdaya untuk berniaga hri itu keran a amat runsing.”Tak tahulah bahyah.Tak tau nak fikir apa.Balik ke tak mak saya?Saya tak sampai hati untuk memberitahu hal yang sebenarnya.

Pada hari yang sama,seorang teman menyuruh menelefon MAIJ.

Belum sempat saya berhubung,saya dihubungi seorang ustaz dari Majlis Agama Islam Johor yang bertanya panjang lebar mengenai upacara pembakaran Mariam.Akhirnya beliau bertanya status agama Mariam.

‘Bagi saya beliau masih islam”lalu menerangkan saya pernah mendengar Mariam membaca Fatihah dan mengucap,walaupun pelat,tetapi penuh yakin ketika di Seol dua tahun lalu.

Memang benar Mariam bernikah dengan Cho See Won,lelaki yang membawanya ke Hampyoeung selepas perang kedua dan dibaptiskan di gereja roman katolik,tetapi itulah hakikat masyarakat Korea pada tahun 40an.Mariam tidak punya pilihan,dalam pada itu beliau menegaskan saya tidak pernah makan daging anjing atau babi seperti diamalkan keluarga Cho.

Sepanjang pertemuan saya dengan Mariam dua tahun lalu,beliau tidak pernah memakai salib atau mengaku menganut agama itu.Panjang lebar penjelasan saya.Ustaz berkenaan mendengar dengan teliti.

“Kalau kita nak ikutkan amalan,berapa sangat yang layak dikebumikan cara islam”

Tidak lama k emudian saya dihubungi oleh pegawai JAKIM yang turut mahu mendengar penjelasan saya mengenai Mariam.Selepas itu Kadi Kota Tinggi pula menelefon saya.

Ketiga-tiga sumber ini tidak saya kenali sebelum ini dan daripada perbualan ini,jelaslah MAIJ dan JAKIM tidak meragui status agama Mariam dan secara senyap-senyap berusaha membawa pulang Mariam.

Sebelum berbuka puasa,saya memerima email menyayat hati daripada Park.Katanya dia sudah berada dihujung segala usaha kerana kedutaan Malaysia enggan bekerjasama dan profesor itu tidak akan mengawet Mariam kerana bimbangkan implikasi negative hubungan dua Negara.

Park berharap saya memujuk Kerajaan Malaysia .”Tolonglah.tunjukkan saya keajaiban”Saya bukan nabi yang dikurniakan mukjizat untuk mencipta keajaipan!Yang mampu saya lakukan hanyalah menyebut nama Allah untuk memberi jalandan ilham untuk tindakan selanjutnya.

Saya mendapatkan wartawan Nazura Ngah untuk bertanya perkembangan.Katanya Kohilan berkata,tiada masalah untuk membawa Mariam pulang.Mengapa bercanggah sekali kenyataanini?

Tidak dapat tidak saya nekad menelefon Menteri Luar,Datuk Anifah Aman jam 10.30 malam,hanya tinggal 17 jam lagi sebelum mayat dibakar.

Selama setengah jam ,Anifahmenceritakan prosedur penghantaran yang rumit dengan urusan surat menyurat dan dokumen . Saya mendengar dan sesekali bertanya balas,misi saya cuma satu untuk meminta Anifah berlembut hati supaya memudahkan urusan Mariam.

“Bukan saya tidak berhati perut,saya juga orang islam,tapi surat-surat ini penting.Kita tidak boleh emosi.Tanpa surat pelepasan dari keluarga di Seol kita boleh dituduh menculik Mariam.Dan ini memberi impak kepada hubungan Malaysia Korea.

Tiba-tiba dia bertanya”Apa kaitan awak dengan keluarga Mariam?”

“Saya wartawan.ini tugasan saya”

Anifah memberi jaminan untuk membawa Mariam pulang dengan syarat saya perlu mendapatkan surat tuntutan daripada waris di Kota Tinggi dan surat pelepasan dari keluarga di Seol dan di emailkan kepada Timbalan KSU,Datuk Mohd Radzi Abd. Raman malam itu juga.

(Sambungan di blog sebelumnya)

No comments: