Tuesday, September 8, 2009

AKAR UMBI 2 - BAPA MERTUA

HJ YUSUF BIN ABDULLAH



Hj. Yusuf bin Abdullah dilahirkan pada tahun 1917 di Kg Berhala,Kelantan.Beliau anak kepada Hj Abdullah dan Meriam.Ayah beliau dilahirkan di Lubuk Pukal,Kelantan.Datuk beliau bernama Awang Imam.

Ketika remaja,beliau belajar di Kota Bharu,tinggal di rumah ibu sepupunya,Kemudian beliau belajar di surau Kg Menuang,Kota Bharu,Beliau bersama teman baik seperti Seman dan Zakaria,Belajar bergurukan Tok Guru Abang Yaakob Lego.Mereka belajar Quran dan Hadis .Dimasa ini beliau tinggal bersama kawan2.Pengajian mengambil masa 5/6 tahun.
Pengajian diteruskan di Pondok Tok Kenali di Kubang Kerian.Beliau tinggal bersama kawan2 di pondok kepunyaan anak Tok Kenali.Tok Kenali menhajar kitab2 Nahu,Fekah,Hafaz dan Quran.Ketika ini Tok Kenali amat dikenali di Kelantan.Di sini juga beliau belajar Quran dengan Tok Ayah Mee.

Semasa belajar{lebihkurang berusia 18 tahun}beliau dikahwinkan dengan Esah dari Kg Berhala . Esah adalah adik kepada bapa tiri Yusuf{adik Penghulu}{1935}Perkahwinan ini berterusan kira2 1/2 tahun.Hj Yusuf terus tinggal di pondok dan isterinya tinggal bersama ibubapanya.Bibit bibit ketidakserasian ini mungkin menyebabkan akhirnya mereka bercerai.

Di Beris Kubor Besar,Tok Guru Wan Noh membuka Pondok. Beliau meminta Hj Yusof yang baru tamat belajar mengajar di pondok tersebut.Pondok ini satu satunya sekolah untuk orang dewasa di Beris Kubur Besar.Dimasa ini Hj Yusof tinggal di Kg Berhala .Beliau berjalan kaki untuk ke Pondok .Biasanya selesai mengajar beliau akan menerima beras sebagai "upah' mengajar.

Tahun 1945 ,beliau berkahwin dengan Bidah bin Seman dari Nangka,Banggol,Kelantan.Ketika ini beliau telah tinggal di Pondok Beris Kubur Besar.

Lama kelamaan Pondok ini dinaikkan taraf menjadi Sekolah Amir Indera Putera di bawah Yayasan Kelantan,Ketika inilah beliau menerima gaji tetap.Gaji permulaan beliau 25 ringgit.

Tahun 1968 beliau membeli tanah berharga 400 ringgit di tapak sekarang.Beliau mendirikan rumah dan berpindah ke sini pula.

Tahun 1972 beliau bersara dari perkhidmatan.

Tahun 1981 isteri beliau Bedah meninggal dunia.

Tahun 1985 beliau berkahwin dengan Ramlah bt Bahari dari Kg Jelai,Bukit Raya,Pendang,Kedah.Pn Ramlah anak ke 6 dari 8 beradik.

Hj Yusof dikurniakan dengan 7 orang cahayamata.Imran,Faezah,Adnan,Supian,Radiah,Razinah dan Ramzan.Imran dan Faezah telah meninggal dunia.

muga berbahagia berpanjangan di usia 92 fahun! Amin.

No comments: