Wednesday, January 15, 2014

TWINS OF FAITH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
(Taha 20:4
Suatu hari, Farah Nabilhah dan Fatimah Ulfah ke ' Twins of Faith' di PICC, Putrajaya.
Farah sebagai peserta dan Fatimah sebagai sukarelawan.

Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
(Taha 20:6
Dikatakan seramai  tiga ribu peserta hadir. Memang ramai hingga ada peserta duduk di tangga.
Peserta dikenakan RM 250 untuk program dua hari.

Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
(Taha 20:7


Antara para sukarelawan wanita

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
(Taha 20:14)
Paling terharu ada satu slot yang memberi peluang peserta berderma. Terpana! derma dibuka bermula dengan RM 100,000 dan dua orang dari telah menyambut cabaran itu! Derma seterusnya RM 50,000 dan sehingga kebawah. Mereka memang nampak sangat ikhlas. Dengar cerita memang ada yang menunggu saat ini .
Derma digunakan untuk pembangunan ummah. 
Acara padat daripada pagi hingga ke  malam.

"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
(Taha 20:15) |


Di suatu sudut ada tempat untuk luahan perasaan, siap  terpampang gambar Mandela.

Fatimah Ulfah meletakkan bendera Palestin di tangan Mandela.

"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
(Taha 20:33)
"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
(Taha 20:34)
Fatimah tak perasaan Imam Masjid Aqsa ada dibelakangnya!
"Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".
(Taha 20:35)
Imam Masjid Aqsa, salah seorang penceramah mencoret sesuatu.

Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.
(Taha 20:46)
Alhamdulillah.
"Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:
(Taha 20:75)


Putrajaya dari PICC.

"(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat".
(Taha 20:76)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu; maka tunggulah kamu! Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus, dan juga siapa yang mendapat petunjuk".
(Taha 20:135)


SEBARKAN SALAM.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

No comments: