Saturday, December 21, 2013

MASJID KAPITAN KELING, NASI KANDAR BERATUR DAN STREET ART.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(maksud ayat 27 surah Al A'raf)
Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid.
 Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.
Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. 
(sumber wekepedia bebas)
Sewaktu kami tiba, kami tercari-cari tempat parkir. Alangkah indahnya kalau dapat parkir di sini. ....
Di takdirkan Allah, seorang hamba Allah datang membawa kunci pagar dan keluar dari sini, menurutnya pengguna masjid boleh parkir di sini. Beliau adalah tuan kedai berhampiran masjid. Suami dan anak-anak masuk melalui pintu kanan ini.
Catatan di pintu utama.


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik
(,aksud ayat 110  surah A li Imraan)
Tiang berseni di dalam masjid.

Di kawasan berpagar ada banyak kubur lama seperti kubur imam masjid - Ustaz Muhamad Hanifa 1213 H.
Ini kawasan larangan.
Depan restoran Nasi Kandar Beratur. Letaknya sebelah masjid. Adik saya datang ke sini pada malam hari tetapi tidak berjaya untuk makan nasi kandar! sebabnya... tak sanggup beratur panjang!


Kedai ini dibuka sejak 1943. Penengannya terserlah dari mulut ke mulut!
Perdana menteri pun datang ke sini  menikmati nasi kandar.


Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
(maksud ayat 82 surah Al Mai'dah)
Siang hari hidangannya nasi kandar juga tetapi lain taukeh. Orang makan pun tak ramai.

Leka di sini melihat bangunan-bangunan lama.
Kami ke Street Art, makan cendul sedap dekat tulisan ini. 


Jumpa kereta lama, macam kereta arwah bapa saya.
Lawa juga penghalang jalan ni...Dr Singa ada bergambar di sinikan?








Sebenarnya ada tempat yang sukar juga nak bergambar, kereta lalu lalang!





Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.
(maksud ayat 13 surah Al Mumtahanah)


Lukisan ini berada hampir penghujung jalan. 


Cabaran bergambar- orang ramai dan kereta banyak lalu lalang!

Alhamdulillah misi sudah selesai.

-
Buku yang saya beli - Note book khas dari Ernest Z RM 28 dan Note book jualan di tepi jalan RM 1.


Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)? Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.
(maksud ayat 140 surah Al Baqarah)

-

Sebarkan senyum dan sebarkan salam.

2 comments:

Dr K said...

Salam Mamaju..

Saya dah banyak kali ke Penang...mmg sekali pun tak pernah makan nasi kandar beratur tu...sebab,saya pun malas nak beratur! hahahaha

Street Art pun saya tak sempat pergi lagi..

Dr Singa said...

haaaaa!!!
ya ya yaaa... saya dah sampai kat batu Minion itu!!!

saya tak beli buku nota tu kat sana.. rasa macam malas nak beli..
balik KL macam nyesal.. sibb baik jumpa kat sini.. singgit jugak!!