Tuesday, December 3, 2013

KG BATANG BENAR, N9 - DR DADDY ZIYYAD

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Wahai orang-orang yang beriman!. Ingatlah nikmat Allah ( yang diberikan) kepadamu, ketika suatu kaum bermaksud hendak menyerangmu dengan tangannya, lalu Allah menahan tangan mereka dari kamu. Dan bertaqwalah kepada Allahlah hendaknya orang-orang beriman itu bertawakkal.'
(maksud ayat 11 surah Al Maidah)

Ahad 1/12/.13 saya sekeluarga ke Batang Benar, N9 memenuhi undangan majlis akikah anak Dr Daddy Ziyyad. Beliau  adalah pemilik blog Macam-macam ada- http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/.Sebelum ni dah pernah jumpa di perjumpaan group kite-kite aje.


Kami tiba agak lewat. Sempat bersua muka dengan blogger Makchaq walau pun tak sempat berbual-bual panjang.
 Kami disajikan dengan makanan kampong yang sedap!
-
Selepas makan suami saya meninjau-ninjau pokok buah-buahan di sekitar. Saya sangat teruja melihat rambutan kuning yang sangat lebat Ada kolam yang penuh dengan teratai! Macam-macam pokok buah ada. Kawasannya terjaga rapi.

  'Wahai orang-orang beriman!, Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah ( jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah ( berjuanglah)  di jalanNya agar kamu beruntung.
(maksud ayat 35 surah Al Maidah)

Di belakang tu pokok rambutan merah sedang berbuah dengan lebatnya.

'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang  yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan ( iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir ( orang musrik). Dan bertaqwalah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman.'
(maksud ayat 57 surah Al Maidah)
Pokok pulasan pun ada.  Fiza siap bekalkan pulasan untuk kami.

' Wahai  orang-orang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu dan janganlah kamu melampaui batas Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang melampaui batas.'
(maksud ayat 87 surah Al Maidah)

' Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk ) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan. Maka jauihilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamau beruntung.'
(maksud ayat 90 surah Al Maidah )



Pokok pulasan dan anak-anak.

' Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu membunuh haiwan buruan ketika kamu sedang ihram.
(maksuda ayat 95 surah Al Maidah)
Mana diaorang dapat belon?

Gambar daripada blog' Macam-macam ada.'
Saya dan Fiza

'Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu (jestru) menyusahkan kamu. Jika kamu menanyakannya ketika Al Quran diturunkan (niscaya) akan diterangkan kepadamu. Allah telah memaafkan ( kamu)  tentang hal itu. Dan Allah Maha Pengampun  Maha Penyantun.'
(maksuda ayat 101 surah Al Maidah)

'Wahai orang-orang beriman!  Jagalah dirimu (kerana)  orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu     apabila kamu mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.'
(maksuda ayat 105 surah Al Maidah)
Hadiah daripada tuan rumah. Terima kasih daun keladi.

Kami doakan kesejahteraan kepada ayah mertua Dr. Terima kasih kerana mengizinkan kami menziarahinya.

'Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang ( di antara) kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah ( wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan ( agama) dengan kamu.'
(maksud ayat 106 suarah Al Maidah)

Alhamdulillah.

Cinta Ilahi- Istiqomah, pelihara solat, solat2 sunat, zikir, hormat ibu bapa, dekati masjid - sebahagian kata Ust Izhar TV Hijrah.

Sebarkan salam dan sebarkan salam.
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.

6 comments:

che mid said...

Subhanallah..menyambung silaturrahmi jauh nun di utara..CM pun pernah jumpa makchaq sekali..dengan mama bila lagi he he

azian said...

salam kenal...
ooo...baru sy tau ni blog makchaq ye...harap lepas ni kita dpt berjumpa ye...sy ke kelas buat talam pd tarikh kenduri...tak dpt nk dtg...

Dr Singa said...

Salam Mamaju

persahabatan yang indah

JunAina said...

Mama Ju seronokkan kalau dpt rumah sebiji cam tu...

Aina pun tak dpt datang ada majlis yg dah diconfirmkkan sebelum tu, ikut hati nak juga pergi tapi takut tak sempat.

Hjh Noralenna Abbas said...

Seronok ye kalau ada kebun buah-buahan.

Dr K said...

Salam Mamaju..

Terima kasih kerana sudi datang...

Terima kasih...:)