Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
|
Saya, suami, emak dan Yana tidak masuk pun ke Escape ini. Ia lebih sesuai untuk anak-anak remaja. Dibuka dari jam 9 hingga 5 .Disediakan surau dan kiosk makanan. Air dan makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk.
Mereka memang betul-betul main, jam 5 baru keluar! -
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, maksudna “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahmi.” (HR. Al-Bukhari no. 5787) |
|
Makanan agak mahal, karipap tu RM 8. Terima kasih Razi belanja anak-anak saya air dan karipap RM 140.00! |
|
Mereka mencuba Atan's Leap. - Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, maksudnya “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa yang senang diluaskan rizqinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim.” (HR. al-Bukhari no. 5986 dan Muslim no. 2557) |
|
Semua memilih terjunan yang paling tinggi sekali. |
|
Akmal yang mula-mula terjun. Nampak bersahaja almaklum dia atlet! -
Dari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya seorang laki-laki berkata,maksudnya “Ya Rasulullah, ceritakanlah kepadaku amalan yang memasukkan aku ke dalam Surga dan menjauhkan aku dari Neraka.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
”Engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan menyambung tali silaturahmi.” (HR. al-Bukhari no. 1396 dan Muslim no. 13)
|
|
Ini Fatimah Ulfah. Mengeletar masa mula nak terjun. Farah pula rasa macam orang nak bunuh diri! |
|
Mereka mencuba flying fox level 4. Tak ada sesiapa bantu semasa permulaan, pandai-pandai sendiri menolak diri ke tengah. |
|
Ini Gengko Tower. Memanjat ke atas. Akmal dengan masa 9 saat ( masa terpantas 4 saat). Fatimah ulfah 30 saat, Afiqah 29 saat dan Farah 41 saat. |
Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam,maksudnya “Ya Rasulullah, amalan apa yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab, “Beriman kepada Allah.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Beliau menjawab, “Kemudian menyambung silaturahmi.” (Shahih at-Targib wa at-Tarhib no. 2522)
|
Ini bijih timah yang anak-anak kecil dapat cari hasil daripada melombong.. Bijih ini kemudiannya dicanai. |
|
Misi berjaya! Pingat diberikan kepada Ain. |
|
Akram pun dapat pingat juga. Di belakang tu mesin mencanai timah. |
|
Razi mencuba Tubby racer. |
|
Ada dua jenis, satu lurus, satu lagi berkeluk-keluk. |
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, maksudnya “Tidaklah masuk surga orang yang memutus tali silaturrahim.” (HR. al-Bukhari no. 5984)
|
Ini Monkey Business. Mereka kena/ terpaksa habiskan 7 stesen. Satu setengah jam baru selesai. Mereka memilih level 2. ( tertinggi level 3) |
|
Terjunan bagi anak-anak kecil. |
|
Alhamdulillah. Itulah kisahnya.
Seharian mereka di sini, saya ambil kesempatan ziarah ke tempat berhampiran misalnya ke Taman Spice, ke tempat batik dan ke Taman Rimba.
Sebarkan senyum dan sebarkan salam. Taat Allah Taat Rasulullah. |
5 comments:
wahhh!!!
so adventurous dan berani mereka semua!!!!!!
tunggu anak besar sikit lagi nanti baru pergi sini
tenkiuu Mamaju
Hebat! Memang bersemangat juang! Tahniah...
Anak2 dah besar best pergi tempat macam ni Mama Ju...nasib baik kat sekeliling tu ada tempat utk mamaju beraktiviti.
menarik...
Salam mama
sangat adventourous... tapi macam sangat memenatkan..
Post a Comment