Sunday, December 29, 2013

KEMBARA KELUARGA - BUKIT BENDERA


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah  lagi Penyayang.
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke Bukit Bendera!

Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan Dialah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.
(maksud ayat 85 surah Az Zukhruf)
Mula-mula kenalah beli tiket.
Kena tunjuk kad pengenalan baru dapat harga tempatan. Kalau tidak dikenakan RM30.00.
Dewasa RM 8. Pesara RM 4, Pelajar (dengan kad matrik) RM4,

Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).
(maksud ayat 59 surah Al Mu'min)



Lepas tu beratur tunggu tram. Punyalah sesak....
Sampai menguaplah....
Kereta api sampai....
Ini kereta api generasi ke empat.


Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
(maksud ayat 40 surah An Najm)
Dah sampai.

Orang tersangatlah ramai.

Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).
(maksud ayat 11 surah Ar Rum)
Atas bukit tu restoran.

Mereka bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari pembalasan itu?
Surah AdzDzariyaat. Ayat 012.

Kawasan kecil tetapi macam-macam ada. Ada Muzium, ada pertunjukkan dinosour dan pertunjukan ular



Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya?
Surah AnNaazi'aat. Ayat 042.
Muzium burung Hantu. Bergambar sahaja...
Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
Surah AnNajm. Ayat 057.
(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia.
Surah Hud. Ayat 105.
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
Surah AlMu’minun. Ayat 016.

Mula masuk tenguk pertunjukkan ular. Macam-macam ular. Emak duduk depan pentas.
Anak-anak dara...

Konon di luar negara.
Ulfa dan bendera negara kelahirannya.

Jumpa penjual model kapal terbang. Beriya dia mengajar kami cara membuatnya....
Rupanya dulu dia cikgu di Sekolah ChongWa, Rengit.


(Kedatangan hari kiamat itu) supaya Tuhan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh; mereka itu akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
Surah Saba'. Ayat 004.
Kereta api lama. Wah! ada kelas...



Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).
Surah AlMu’min. Ayat 059.

Dah boring? Jom balik.
(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang.
Surah AlFurqaan. Ayat 011.

Alhamdulillah, emak  masih larat berjalan ke sana sini...Ini berjalan agak jauh juga ke tempat parkir.Nak pusing di hadapan tu sesak!


Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu) dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan
Surah AlMumtahanah. Ayat 003.




















5 comments:

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum mama,
percutian yang benar-benar meriah

afeezz said...

bukit bendera best. tak naek buggy ke jenjalan smpi belakang bukit bendera?

Dr K said...

Cantik kapal terbang kertas tu!

Yg origami bentuk belalang pun cantik

makcikkantin said...

laaaa mck pun tak tau ada show2 tu semua :))

Dr Singa said...

ha!!
belajar tak macamana nak buat belalang tu!!?