Saturday, November 30, 2013

REPUBLIK TAMAN HIJAU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar) kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh Allah Maha Penyayang kepadamu.'
(maksud ayat 29 surah An Nisa')
6.15 pagi saya buka pintu utama. Saya terhidu bau bunga kemuning yang semerbak. Bunga ini saya letak betul-betul tepi pintu. Bunganya kecil hanya tiga kuntum.
Saya memandang ke langit. Kelihatan tiga bintang, Bulan pun  masih kelihatan .
-
'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan dan janganlah pula ( kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati untuk jalan sahaja, sebeum kamu mandi ( mandi junub)
(maksud ayat 43 surah an Nisa')
Sekarang kerap hujan. Pokok-pokok subur tetapi rumput-rimput pun subur sama!
-
'Wahai orang-orang yang beriman1 Taatlah Allah dan Taatlah Rasul ( Muhaamd) dan Ulil Amri ( pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah ( Al Quran) dan Rasulnya (sunnahnya) jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Ynag demikian itu lebih utama ( bagimu) dan lebih baik akibatnya.'
( maksud ayat 59 surah An Nisa')


Akar Dani berbunga lebat.  Semakin kerap kita mencantas daunnya semakin kerap ia berbunga.
-

' Wahai  orang-orang beriman, Tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.'
(maksud ayat 19 sura

h An Nisa;)
Ada tiga kudup lotus. Hari ni dah kembang satu., Ia cuma tahan sehari! Tidak sempat saya merakam gambarnya ia sudah berserak ke lantai....

Kudup Akar Dani.
' Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan , kelak akan Kami masukkan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar.  Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?'
(maksud ayat 122 surah An Nisa')


Seingat saya sejak saya remaja lama saya memang minat pokok-pokok. Saya ingat lagi semasa di tingkatan satu, saya membeli bunga ini dari nenek sebelah sekolah dengan harga 10 sen! ( satu dua tangkai) .petik dan terus tanam. Ia mudah merimbun, 

Pokok ini merayap di tanah. Cantik bila banyak.
' Wahai orang-orang yang beriman1 Janganlah kamu menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin selain dari orang-orang mukmin. Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah ( untuk menghukummu?)
(maksud ayat 144 surah An Nisa')

Saya beli pokok ulam raja ni di Bangi . Saya fikir harganya 3 polibeg kecil  RM 10. Telahan saya salah... satu rm 10!
-
'Wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kepada Allah walaupun terhadap dirimu sendiri.atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu.'
(maksud ayat 135 surah An Nisa')

Daun jambu bermasalah.
-
'Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya (Muhamad)  dan Kitab ( Al Quran) yang diturunkan kepada Rasulnya serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barang siapa ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatnya, Kitab-kitabnya, Rasul-rasulnya dan hari kemudian, maka sungguh orang itu telah tersesat sangat jauh.'
(maksud ayat 136 surah An Nisa')

Hari ini saya ke nurseri di Sungai Buloh. Sepanjang jalan penuh dengan pokok-pokok.
Bertahun tak ke sini. Saya hanya melihat-lihat. Boleh tahan mahal !
-

Sebarkan senyum dan sebarkan salam.
TAAT  ALLAH TAAT RASULULLAH.

2 comments:

Azian Elias said...

lepas hujan lagi lah pohok yg wangi ni buat taman jadi semerbak.

Kakzakie Purvit said...

Betullah pokok dan rumput sama suburnya Kak Ju.

"Tapi sayangnya masih ramai yg memilih bukan Islam sebagai pemimpin"