Monday, November 11, 2013

PROF MOHAYA, MAHER ZAIN DAN RAIHAN.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
' ( Orang-orang yang berakal iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata) , Ya Tuhan kami, tidak Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka
(maksud ayat 191 surah A Li Imraan)
Alhamdulillah, dalam program Halagah Jumaat lepas dapat juga bertemu muka dengan Prof Mohaya.
Kira saya ni pengikut setia beliau. Suka dengar celotehnya di IKIM Rabu pagi juga rancangan beliau di tv.
Halagah diadakan di Masjid Bandar Kinrara, Puchong.
-
Minggu hadapan Halaqah akan bersiaran secara langsung dari Masjid Al Falah, Subang Jaya. Kabarnya ada 100 pengantin menunggu di sana. Jom sama-sama kita hadir memanfaatkan majlis tersebut.
Jam 10 malam hari Sabtu bersama anak-anak ke PIIACUF, Putrajaya. ( Nabil dan Alif)
Niat hati nak jumpa Maher Zain. Heh kami tiba, Maher Zain pun munccu!

''Maka apabila kamu telah menyelesaikan sembahyang , ingatkah Allah di waktu berdiri , di waktu duduk dan di waktu berbaring ( dalam setiap keadaan janganlah sekali-kali melalaikan diri kamu dari mengingatiNya.)
Maksud ayat 103 surah An Nisa')


'Berserulah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melewati batas.'
(maksuda ayat 55 surah Al A'raaf)


Kemuncak majlis adalah kemunculan Raihan.
Semasa anak-anak kecil, lagu merekalah yang mendominasi ruang.
Nasyid yang didendangkan masih sama.
Nasyid mengenai rindu dan ingin menemui  Rasulluah betul-betul menyentah jiwa. Sedih dan terharu...teruja,
Memang hebatlah Raihan.
-
'Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki keredhaanNya'
(maksuda ayat 52 surah Al An'am)


Fatimah Ulfa dan teman-teman.

Ada Opick, Inteam, Ramli Syarif dll.




Jam 11 malam, majlis pun berakhir.

'Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa'
(maksud ayat 24 surah Al Kahfi)


SEBARLAN SENYUM SEBARKAN SALAM
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.

No comments: