Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
' Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang mencipta langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku daripada orang-orang yang mensyirikkan Allah ( dengan sesuatu yang lain).
(maksud ayat 79 surah al An'am)
|
Koleksi buku-buku arwah abah agak banyak, maklumlah abah bekas Guru Besar. Perkhidmatan abah berhenti ketika usia 50 apabila beliau memohon pencen pilihan. Dari awal berkhidmat, abah terus jadi Guru Besar. Berkhidmat di SK Sri Belahan, SK Sri Ladang dan SK Air Hitam, - Serelah abah meninggal baru saya tercari-cari buku lama abah. Saya jumpa buku abah semasa abah dalam darjah 4, 5. Sayang abah tak tulis tarikh. |
|
Buku ini masih elok. |
|
Saya tertarik dengan buku tafsir ni. Ia merupakan himpunan syarahan tafsiran di radio Singapura setiap malam Jumaat dari tahun 1959 hingga 1984! Subhanallah. |
|
Penulisnya Ustaz Haji Ahmad Sonhadji Mohamad berasal dari Indonesia. Dibawa ke Singapura pada 1922. Saya baru cuba-cuba membaca buku tafsir ini.
Insyallah, saya akan cari lagi buku-buku lama abah. Penuh nostalgia! Al Fatihah.
'Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik ( syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat Allah). Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak ( pula) dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.' (maksud ayat 26 surah Yunus )
'Adapun orang-orang yang berbuat kejahatan( akan mendapati) balasan kejahatan setimpal dan mereka diselubingi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari ( azab) Allah, seakan-akan wajah mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.' (maksud ayat 27 surah Yunus) -
Sebarkan senyum dan sebarkan salam. CIINTA ALLAH CINTA RASULULLAH. |
9 comments:
Peliharalah dgn baik peninggalan beliau yg sangat berharga tu
assalamualaikum mama
buku untuk subjek aper tuh
saya masih ingat Ustaz Hj Ahmad Sonhadji Muhammad...saya rasa ada beli buku beliau tapi ingat2 lupa..tak tau masih ada dlm simpanan sy atau tidak...kerana slalu berpindah randah...
kalau boleh ingin berkongsi buku2 lama ini...
Assalamualaikum mamaju,
Koleksi yang perlu dipelihara,
itulah kenangan yang ditinggalkan untuk anak cucu selain amalan yang soleh.
Al-Fatihah untuk arwah ayah mama.
waaah..masih ada buku arwah ayah mamaju....buku masa saya sekolah rendah pun dah tak wujud..hilang entah kemana..:P
Salam Ju,
Saya ada satu set buku tafsir yang dimaksudkan, Selalu juga menjadi rujukan. Buku teks sekolah zaman dulu bernilai tinggi sekarang. Mungkin zaman mendatang tak de lagi buku teks. Semua online atau ebook.
Dirumah ada buku tafsir, tapi tak pernah buka. Terima kasih atas
gigih saya cuba membacanya!!!
Post a Comment