Wednesday, August 28, 2013

SILATURRAHIM DENGAN USTAZ SARAWAK DI SABAK BERNAM.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, Tiada sekutu bagi Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku ( antara seluruh umutku) adalad orang Islam yang pertama  ( yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)
(surah al An'am ayat 162-163)
Abu al Syeikh meriwayatkan daripadaQatadah bahawa Abu Musa berkata " Alangkah baiknya jika semua orang islam membaca ayat ini setiap kali mereka membaca al Quran"
Bawa emak dan baby Brunei ke Sabak Bernam. Kami ingin memanjangkan silaturrahim antara sahabat kami dari Brunei dengan Ustaz Suhaili dari Sarawak yang tinggal di Sabak Bernam.
Dari KL lebih kurang tiga jam baru sampai ke sini. Inilah pertama kali kami melihat keindahan Sabak Bernam.



Makan-makan di rumah. Jun membawa kuih suji, kek durian, kek batik yang sangat sedap. Terima kasih !


Akhirnya terjalinlah silaturrahim. Ada teman yang mereka saling kenal mengenali.
Ustaz Suhaili dulunya bersekolah di Arab di Sekolah Arab Bugisiah, Tampok, Benut, Johor. Dari sinilah adik dan kami sekeluarga mengenali ustaz Suhaili. Selepas itu berpuluh tahun kami tak pernah bertemu.....


Cikgu Rozana isteri Ustaz Suhaili dan emak.
-
Tahun-tahun kebelakangan ini baru kami bersua kembali.
Bapa mertua Ustaz Suhaili. Beliau rakan sekelas Tan Sri (Allahyarham) Dr Hamid Othman, jadi panjanglah cerita....
-
Bapa mertuanya menjadi membuka jalan kepada keterlibatan Ustaz dalam bidang hartanah.
Ustaz membeli 60 ekar hutan untuk diteroka menjadi ladang sawit.
50 ekar sawit sudah mula membuahkan hasil.
Teruja saya mendengar kisah kegigihan ini.

Kami dihidangkan dengan laksa Penang dan manisan.


Alhamdulillah, Ukhwah pun terjalin.


'Cukuplah bagiku Allah( yang menolong dan memeliharaku) tiada Tuhan ( yang berhak disembah) melainkan Dia: kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.'
(maksud ayat 129 surah al Taubah)

SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM.

2 comments:

Dr K said...

alhamdullilah...silaturrahim di eratkan...

Wahh...60 ekar kawasan hutan dimajukan utk sawit....mahsyuk tu Mamaju...hihihi

Dr Singa said...

nampak tukang ambik gambar dalam cermin!