Friday, August 30, 2013

BAWA EMAK KE DAERAH KUALA LANGAT.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan bersabarlah engkau( Muhamad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya  dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia dan janganlah engkau mengikut orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menurut keinginannya dan keadaanya sudah melewati batas.'
(maksud ayat 28 surah al Kahfi)
Ikut lazimnya kalau emak ada di sini, kami akan ada pelan untuk jalan-jalan. Kalau tak nanti emak kata nak balik!
Seronok juga hari-hari jalan-jalan.
Kami mulakan ke KMB, ianya terletak bersebelahan dengan Dengkil tapi ianya masuk dalam kawasan Kuala Langat.
Dapatlah emak bertemu cucunya.

Dari sini saya menghubungi Hjh Nik, kawan baru yang kenal di jalanan. Rumahnya di Kachong Darat.
KMB di Labohan Dagang. Dari sini saya menemui Olak Lempit, Telok Dato.
Saya juga ke Taman Putra di Banting rumah sepupu emak.
Kira pertama kalilah saya jelajah Kuala Langat.

Surau di Kanchong Darat berdekatan rumah Hjh Nik. Saya teringat Misbun Sidek tinggal di kg ni ketika kecil dulu.
Bersembahyang di Masjid Morib.
Bertul-betul di hadapan pantai Morib.
'Sungguh mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami benar-benar tidak akan menyia-yiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu.'
(maksud ayat 30 surah al Kahfi)
Mimbarnya cantik.

Dari Masjid kami teruskan perjalanan ke Cold Coast Resort Morib.
'Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.'
(maksud ayat 46 surah al Kahfi)
Ada hotel dan tempat minun-minum. 




Pasirnya sangat halus...



Pohon kelapa melambai-lambai.
Agak kurang seronok nak minum-minum di sini. Ada tulis - pork fee-
'
Dan diletakkan kitab ( catatan amal) lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya dan mereka berkata," Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal. yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya," dan mereka mendapati ( semua) apa yang mereka kerjakan( tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.'
(maksud ayat 49 surah al Kahfi)
Patah balik untuk menikmati pantai Morib.

Di hadapannya padang golf.

Suasana nyaman penuh kekampungan.

Pantai Morib. Air pasang 


Emak tak larat nak jalan. Kami pun melihat-lihat daripada dalam kereta.

Ada tempat makan-makan.

'Maka barang siapa yang mengharap pertemuan dengn Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu apa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.'
(maksud ayat 110 surah al Kahfi)

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

Kami teruskan perjalanan ke Masjid Besi di Putrajaya.



4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Morib dah cantik sekarang ni....

pt ส่าหรีสี said...

Assalamualaikum Mama Ju,
dah lama betul saya tak ke Morib, dah cantik betul sekarang ni.
Saya bertukar alamat blog, ni yang baru: http://ptsesawangmaya.blogspot.com/
terima kasih.

Hjh Noralenna Abbas said...

Kalau ada orang bawa kita jalan-jalan, sedaplah Ju. Morib? sekali aje saya pergi. Nama -nama kampung Ju sebut tu masih saya ingat semasa menyusun tempat-tempat praktikum guru pelatih MPi dulu.

Dr Singa said...

ribu-ribu kan kalau nak duduk atas air laut tu!!