Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
' Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah ( dan sifat-sifatnya ) gementarlah hati mereka : dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah'
(maksud ayat 2 surah Anfaal Juz 9 )
'Iaitu orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia.( di Syurga)
(maksud ayat 3,4 surah Anfaal)
|
Tok nak ke Giant bersama cucu-cucu' Tok tak boleh sorang, tok mesti bawa satu cucu satu bodyguard! Barulah Tok boleh nak ronda-ronda satu Giant.
- 'Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang rugi; (maksud ayat 23 surah al A'raf)
|
|
Sempat pulak Sarah Hawaa' posing.. - 'Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk ( mendapat nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali menperolehi petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami. ( dengan taufikNya) (maksud ayat 43 surah a; A'raf) |
|
Depan troli G pun Madihah Humaira' boleh posing... Apa dah jadi dengan Sara? - 'Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim' (maksud ayat 47 surah al'Araf)
|
|
Terlepas dari tangan bodyguard... - 'Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan islam ( berserah sepenuh hati kepadaMu) (maksud ayat 126 surah al A'raf) |
|
Tok N melayan cucu. - 'Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu kerana Engkaulah sahaja yang Maha Mengasihani' (maksud ayat 151 surah al A'raf) |
|
Malihah Wafa' baik-baik saja di dalam troli. Sarah kata nak ke kedai buku! Sampai di kedai buku, nampak pulak makanan ringan . Tok biarkan, beriya Sarah dan Malihah belek satu-satu sambil terangkan kat Tok. Tak pulak mereka minta nak beli. Pandai kakak mereka Madihah memberitahu adik-adiknya " tak halal tu" Tak ada tanda halal Jakim. - 'Engkau jualah Pelindung kami, oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi ampun. Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali ( bertaubat) kepadaMu.' (maksud ayat 155, 156 surah al A'raf) |
|
Dari situ jumpa pulak benda ni.... |
|
Setiap kali tekan, ia bergerak walau tak masukkan duit. Bila nak berhenti? - 'Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendaengar lagi Maha Mengetahui.' (maksud ayat 200 surah al A'raf) |
|
Kena baliklah macam ni.... - ' Ilmu Tuhan kami meliputu akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran ( keadilan) kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim' (maksud ayat 89 surah al A'raf) -
Sebarkan salam dan semarakkan amal |
3 comments:
Ini rupanya aktiviti dia orang sementara saya gi shopping. . Tq Tok Ju n Tok Nan...
Salam mama
Penat tapi seronok bawa budak-budak jalan, tapi silap haribulan barang dihajat, lain pulak dibeli.. mainan dan jajan tentu tak tinggalkan..
cucu2 penghibur hati di usia senja, w p melayan kerenah mereka memenatkan tapi telatah mereka mencuit hati
Post a Comment