Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Tiap- tiap diri ( sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami ( untuk menerima balasan) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatlkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, Mereka kekal di dalamnya.Demikianlah balasan balasan yang sebaik-baiknya baik orang-orang yang beramal soleh..( iaitu ) mereka yang SABAR dan mereka pula BERSERAH DIRI bulat-bulat kepada Tuhannya.'
(maksud ayat 57, 58 surah Al Ankabut Juz 21)
PROGRAM 17 RAMADAN
Majlis : Tadarus Perdana
Tarikh : Jumaat 17 Ramadan jam 5 - 7 petang
Tempat : Masjid Besi.
Majlis : Forum Perdana dan selingan persembahan OPICK
Tarikh : Jumaat 17 Ramadan jam 5 - 7 petang.
Tempat : Perbadanan Putrajaya.( Dari Masjid Besi ikut Qiblat Walk)
Majlis : Qasidah Sheikh Abd Kadir Al Segaf ( Ya ha na na)
Tarikh: Jumaat 17 Ramadan jam 10.30 malam.
Tempat : Perbadanan Putrajaya.
Insya allah. Moga ada manfaatnya.
Al Fatihah buat IBU Ustaz Zainul Pengetua SMKA Rawang yang baru meninggal pagi ini.
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH
TAAT IBU AYAH.
4 comments:
Innalillah.. ramai yg pergi dibulan ramadhan ini kak ju. Ada pakcik tempat kakak ni meninggal di Mekah masa 1 ramadhan di sana dah nak bertolak ke Madinah masa tu. Balik pulak isterinya masih dlm perjalanan dari KLIA ke JB meninggal pulak... sedih sebab dua-duanya org yg sangat baik. Kami cakap mereka bagaikan sehidup-semati.
Untunglah kak ju duduk sana dah jadikan masjid besi rumah kedua.
Salam Ju,
Al Fatihah. Semoga roh ibu Ustaz Zainul ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Ameen
Agaknya antara Tadarus Perdana dan Forum Perdana, yang mana satu menjadi tarikan, ya?
Al fatihah n selamat beribadah
Al Fatihah
Post a Comment