Saturday, June 22, 2013

ISTANA BALAI BESAR, KOTA BHARU, KELANTAN.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Mercu tanda Bandar Kota Bharu - Dataran Istana dengan replika Al Quran dijunjung.

Dari sini boleh lihat Bank Pitis, Istana Balai Besar dan Istan Jahar.


Bank Pitis adalah merupakan sebuah bangunan batu tertua yang terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammaad III (Long Kundur bin Sultan Ahmad 1889- 1890). Tujuan utama bangunan ini adalah untuk menyimpan pitis-pitis (pitis dalam dialek Kelantan bermaksud wang) perbelanjaan negeri Kelantan pada masa itu.

Sejarah 

Bangunan ini berbentuk empat segi sama dengan berukuran 12 kaki lebar dan tingginya 12 kaki. Daun pintunya diperbuat daripada kayu cengal dan dipasang dengan tiga penyelak (kunci) yang diperbuat daripada besi.
Pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad IV pada tahun 1903 telah menghantar "pohon duit" kepada Raja Siam. Pada masa itu, Kelantan masih merupakan negeri di bawah perlindungan Siam. "Pohon Duit" ini juga dikenali sebagai Pohon Pitis. Berdasarkan dialek Kelantan, "pohon" merujuk kepada "pokok" manakala "Pitis" atau "Pitih" pula merujuk kepada wang. Berdasarkan sejarah, Kelantan menggunakan Pitih sebagai matawang sehingga tahun 1920.

"Pohon Pitis" Kelantan dibuat daripada logam timah yang mengandungi 13 syiling menggunakan teknologi acuan yang diperkenalkan oleh pedagang dari China. Pada bahagian muka syiling tertulis “Thuriba Fi Zul-Hijjah Sanat 1321” bermakna bulan Zul–hijjah 1903 dan dibelakangnya pula tertulis perkataan “Belanjaan Kerajaan Kelantan” untuk mengesahkan bahawa ianya adalah matawang rasmi kerajaan Kelantan.
(petikan wikipedia)
Inilah Bank Pitis.

Meriam di hadapan Bank. ( tiada keterangan)




Pintu pagar belakang Istana Balai Besar . (Keluar pasar Khadijah terus terjumpa pintu ni..)

Gambar bawah- pintu utama.
Bandar Kota Bharu memang tidak dapat dipisahkan dari Istana Balai Besar.  Malah kelahiran bandar dan istana ini adalah pada masa yang sama iaitu pada tahun 1844.  Bandar Kota Bharu dibangunkan oleh Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran yang baru, menggantikan Kota Lama.
Manakala Istana Balai Besar yang didirikan oleh baginda sebagai menggantikan Istana Kota Lama yang menjadi tempat bersemayam Sultan-sultan Kelantan terdahulu.  Istana ini menjadi tempat bersemayam beberapa orang Sultan Kelantan iaitu bermula dari Sultan Muhamad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889), Sultan Muhammad III (1890-1891) dan Sultan Muhammad IV.
Istana Balai Besar juga menjadi tempat berlangsungnya segala upacara rasmi dan adat istiadat diraja dari tahun 1845 sehinggalah sekarang.
Setelah istana ini siap dibina pada tahun 1845, upacara pertama sekali yang diadakan adalah Istiadat Menyambut Surat Sejabat atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhamad II.
Surat tersebut mengesahkan bahawa Tuan Long Senik bin Long Tan sebagai Sultan Kelantan bergelar Sultan Muhamad II diiktiraf oleh Raja Maha Besar Siam yang mejadi penaung Kelantan.  Siam juga memberi gelaran kepada Sultan Muhamad II sebagai 'Pia Lecha Kelantan'.
Sepanjang Istana ini menjadi tempat bersemayam Sultan-sultan Kelantan, beberapa tambahan telah dilakukan pada Istana Balai Besar seperti pada bahagian hadapan dan balai penghadapan iaitu pada masa pemerintahan Sultan Muhammad IV dan Sultan Ismail.  Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan bentuk asal reka bentuk Istana yang unik ini.
Istana Balai Besar dibina oleh tukang yang mahir di Kelantan pada waktu itu.  Ia diketuai oleh Muhamad Salleh seorang tukang yang berasal daripada Terengganu dan menetap di Kampung Kangkong, dalam jajahan Pasir Mas.  Beliau satu-satunya orang yang mahir dalam pertukangan dan membuat ukiran pada masa itu.
Istana dua tingkat ini menjadi tempat berlangsungnya segala upacara seperti pertabalan, kemahkotaan dan lain-lain.  Ia juga merupakan suatu institusi yang mengekalkan sumber adat resam Melayu.  Di ruang dalam istana ini terdapat singgahsana tempat bersemayam, Dewan Penghadapan dan tempat persandingan.
Walaupun Istana Balai Besar tidak lagi menjadi kediaman Sultan-sultan Kelantan selepas Sultan Muhamad IV, tetapi istana ini tetap dijadikan istana rasmi bagi segala upacara dan adat istiadat diraja sehingga ke hari ini.
Berhampiran Istana Balai Besar terdapat sebuah bangunan lama yang juga ada kaitan dengan istana  tersebut.  Bangunan ini dikenali dengan Rumah Membuat Bunga Emas.  Rumah ini dijadikan sebagai tempat membuat bunga emas iaitu hadiah kepada Kerajaan Siam setiap tiga tahun sekali sebagai tanda persahabatan pada zaman dahulu.
(petikan Laman web Arkib Negara)
Pintu ini jarang di buka.
Istana ini sekarang hanya untuk majlis rasmi seperti majlis penganugerahan darjah kebesaran.
Bahagian hadapan istana.



'Kepala pintu'- cantiknya....


Banyak lagi tempat yang boleh diterokai.... kedai nasi ulam cikgu yang popular tu pun ada di lorong berhampiran tempat ini.
Kena datang lagi ni....insya Allah.

-

TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH.
TAAT IBU AYAH

6 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Sudah lama tidak ke Kelantan khasnya KB. Akan ke sana nanti.....nak jumpa kawan2, nak makan nasi kerabu, nasi dagang, shopping2..........

Dr Singa said...

untungggg!! pintu tu terbukak !!

Masliza said...

kepala pintu tu cantikk :) saya tak pernah sampai sana lagi. Alhamdulillah, tengok blog ni... dapat sikit info.

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt.
Salam Ramadhan Mubarak. Semoga akak sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah swt.

zino said...

salam aidil fitri...last ke kelantan 4 tahun dulu ...tapi tak berjalan kemana pun...pegi tengok cucu yg baru lahir

Lee said...

Hi, I used to go to KB wayyy back in the 70s, 80s and your this postings and gambars brought back memories.
Love Kelantan, and that Pantai Chinta Berahi.
You have a great week, keep a song in your heart.
Lee.