Monday, November 12, 2012

BUKU TERJEMAHAN AL MUWATTA'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Dan dalil yang terang untuk mereka ( memahami kekuasaan dan kemurahan Kami) ialah bumi yang mati: Kami hidupkan dia serta Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijan itu mereka makan.
(Terjemahan ayat 33, Surah Yassin)

'Dan(sebahagian dari dalil  yang tersebut ialah) matahari: ia kelihatan beredar ke tempat yang di tetapkan baginya: itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui;
(Terjemahan ayat 38, surah Yassin)

'Dan satu dalil lagi untuk mereka( insaf)  ialah Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat'
(Terjemahan ayat surah Yassin)
Saya ke Kedai Buku Syabab, PKNS, Bangi.
Teruja sangat dapat membeli buku terjemahan Al Muwatta'!

Ingat kisah IMAM SHAFIE menghafal kitab Al Muwatta' ketika remaja?
Suatu ketika, ketika Imam Shafie menghadiri kelas fiqh Imam Muslim al Zanji , beliau ke kelas tanpa alat tulis( kerana kemiskinannya).
 Beliau menulis di tapak tangan tanpa alat!
Semasa Imam Muslim menyuruh beliau membacakan apa yang ditulis ternyata semuanya  tidak ada yang tertinggal!
Imam Muslim dan murid-murid lainnya kagum.

Imam Shafie terus tekun belajar hingga akhirnya beliau diakui guru dapat mengajar dan dapat memberi fatwa mengenai hukum-hukum agama.
Imam Shafie  merasakan dirinya masih kekurangan  ilmu agama. Dalam diam dia mempelajari kitab Al Muwatta' yang dikarang Imam Malik bin Anas hingga semuanya dapat dihafal.

Kerana ingin belajar, Imam Shafie ke Madinah (8 hari menumpang menaiki unta).
Dengan susah payah beliau bertemu Imam Malik.
Imam Malik akan membacakan Al Muwatta dan terpegun bila tahu Iman Shafie sudah hafal setiap baris dan bertanya " Kamu sudah hafal Quran?"....
Akhirnya Imam Malik mempelawa Iman Shafie tinggal bersama-samanya.

Ada 1023 hadis.
Harga RM 59.00 Terbitan Seribu Dinar'
pengarang- Abu Abdullah Maliki bin Anas bin Malik.
Penterjemah- Dr Muhamad Yusoff bin Al Kastani.

Al-Muwatta’ bermaksud; ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum fiqh. Ia mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh al-Imam Malik . Semua hadis di dalam al-Muwatta’  adalah sahih kerana al-Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan al-Quran. Menurut satu riwayat, al-Imam Malik telah menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Muridnya, al-Imam al-Syafie pernah berkata, “Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muwatta’ karangan al-Imam Malik.”

(Petikan daripada blog Step toward Mardhatillah)

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Banyak-banyak selawat.


6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau baca buku Imam As-Syafie kita memang ada dinyatakan tentang buku Al-Muwatta'. Tak sangka buku terjemahannya ada dah di pasaran.

Insya-Allah ada rezeki kakak pun nak juga.

KAMATO said...

Nak juga cari buku ni.....

Hjh Noralenna Abbas said...

Terima kasih Ju

azieazah said...

Terimakasih berkongsi info dan berpesan-pesan.

*Mama Ju nak pegi gathering di Senawang ya?

Dr K said...

Di dalam PKNS bagi ya kedai buku ni? Saya nak cuba pergi la..sebab nak tahu lokasi kedai2 buku yg jual buku2 Islam...Insya Allah, teruja juga nak beli Al Muwatta ini

nadz said...

Mama Nadz pun akan mencari juga buku ni..dah banyak bulan tak membeli buku baru.