Thursday, November 15, 2012

1 MUHARRAM - SELAMAT TAHUN BARU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Doa awal tahun.

Segala Pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian alam .Rahmat dan sejahtera keatas Penghulu  kami Muhamad saw dan keluarga dan sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan.
KelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami mohon agar terpelihara di tahun baru  ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.
Dan kami mohon kepadaMu ,agar dapat mengalahkan runtunan nafsu dan amarah ( nafsu yang mendorong kepada kejahatan)
Kami juga mohon kepadaMu, Ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu, Ya Allah.Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia.
Ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Masjid Negara
Muazzim melaungkan azan maghrib menandakan bermulanya tahun baru.

Imam membaca doa.
-
Selamat Maal Hijrah.
-
Ya Allah, ampuni kami dan ibu bapa kami.
Ya Allah, akhirkan umur kami dengan kesudahan yang baik.
Ya Allah, janganlah Engkauu pesongkan iman kami setelah Engkau kurniakan petunjuk.
Ya Allah kami berlindung daripada menyengutukannMu.
Ya Allah kami mohon perlindunganMu daripada kejahatan akhlak, pandangan yang buruk, dan kesudahan yang buruk pada harta kami, keluarga kami dan anak-anak kami.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu daripada mengidap sebarang penyakit dan harapan yang menghampakan.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat.
Jauhkan kami daripada azab kubur dan azab neraka.

Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha  Pengurnia.
-


Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jom berselawat.




10 comments:

محمد رازيق said...

salam maal hijrah. moga menjadi lebih baik

nadbaptist said...

salam maal hijrah..moga Allah ampunkan dosa-dosa yg lalu dan moga iman kita semakin menebal dan makin bertambah amalan kita pada Allah SWT..Amin

afeezz said...

salam maal hijrah wat mama sekeluarga

Anonymous said...

salam maal hijrah

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam maal hijrah ju n keluarga.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam maal hijrah ju n keluarga.

Rohani M.U said...

Assalammuaalikum wbt.

Salam Maal Hijrah kak. Semoga maju dan terus maju dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.

Maiyah said...

assalamualaikum..
salam maal hijrah
moga thun bru ni
akan sntiasa di rahmati Allah

azieazah said...

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah. Semoga tahun mendatang memberikan lebih keberkatan dan kekuatan buat kita semua...

Unknown said...

As salam mamaju,

Salam maal hijrah! Rasa makin bertambah usia semoga makin byk amalan juga...huhuu