Kata Jarir bin Abdullah:
“Sejak aku menjadi muslim, tidak pernah Rasulullah s.a.w berjumpa denganku melainkan senyum padaku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata Abdullah bin Al Harith:
“Aku tidak pernah melihat seseorang lebih banyak senyuman daripada Rasulullah s.a.w” (Riwayat al-Tirmizi, sahih).
Dalam sebuah hadih Ibn Majah- Rasulullah saw apabila Baginda berjabat tangan dengan seseorang , Baginda tidak akan menarik tangannya sehinggalah orang itu menariknya.
Halfest lagi di PWTC. Ada 700 gerai. Emak, saya dan Syira ambil peluang ke sana. Tengok apa yang patut. Karya artis tu ,99 Asma Husna yang besar tu lebih kurang RM 5000... |
Saya ni bodyguard emak je. Tiap tahun emak mesti ke Simply Siti. Tengahari Sabtu, Dato Siti akan berada di gerai tersebut. |
Macam-macam emak beli. Emak menjenguk ke gerai tuppaware juga. Heem, mestilah beli.... |
Gerai Macaroon, Saya suka, Maracoon sebesar 20 sen, dijual dengan harga RM 2, oklah berbanding di luar RM 3-4 |
Di sini menjual rendang Tok dan santan kelapa sawit, Belilah juga. Emak beli nasi lemak RM 8,50 |
Ini kedai Muniff Hijaz, Emak beli banyak minyak wangi. Anak- anak yang sambut emak balik ke kampong nanti, adalah hadiahnya! |
ADABI ada inovasi baru. Ada jemput-jemput nanas yang sedap dan keju. Hehe sardin pun emak beli. Murah, RM 1.70 satu. |
Di pentas ada muka-muka popular- Dato AC Mizal, Chef Jaafar dan Chef Zam dengan berbagai gelagat; |
Saya ambil peluang untuk tahu cara buat karipap pusing. Nampak mudah. Karipapnya kecil- keciil. Satu seringgit. Emak beli 15. |
Gerai ni bukanlah buat deko kek. Ia adalah mengedar macam-macam barang... |
Syira mencuba....bola masuk lubang dapatlah hadiah. |
Dah habis pusing kami balik denga LRT. Alhamdulillah. |
4 comments:
assalamualaikum mama
wow... sakan mak shopping.. hehehe
Amboi mak... perfume pun mak angkut bawa balik juga ye. masing-masing dah tunggu tak sabar bila mak balik:)
......alhamdulillah mak sihat dan bersemangat....
salam mamaju,
amboi ...puas htilah ye bawa mak jalan2..Borong je mak..alang2 bawa bodyguard tuu...hihii
pasni pi mana pulak??
Post a Comment