Wednesday, October 24, 2012

ZULHIJJAH 8- AYAH, CUCU DAN CICIT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wasiat Rasulullah saw kepada Saidina Ali -
Wahai Ali, bagi orang Mukmin itu ada 3 tanda-
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
Benci terhadap perbuatan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali, bagi orang alim itu, ada 3 tanda -
Jujur dalam berkata-kata.
Menjauhi segala yang haram'
Merendahkan diri.

Dalam usia 95 tahun, Ustaz Yusuf tentulah ada ramai cucu dan cicit.
Mereka rajin ziarah moyang mereka.
Ini Nurul izah,anak Ustaz Rajib, cicit Ustaz Yusuf.

Imtiaz dan Imran 


Ini Najwa dan ayah. Kami bawa mereka ke Taman Warisan di Putrajaya.

Selain taman buah-buahan  nadir di sini juga ada tempat makan.

Paling popular tentulah sate kajang Hj Samuri.
Roti John pun kesukaan anak-anak.
Ayah tak menolak apa yang diberi....





Ini Nik Hanim , cucu Ayah. Hanim berkursus 3 minggu di Putrajaya.

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-
Merahsiakan ibadahnya
Merahsiakan sedekahnya
Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang bertaqwa itu ada 3 tanda,
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan' Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam haram.

Ya Allah, ampuni dosa kami.
Amin.
-

 Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

Qaseh Suhaida said...

seronok cucu-cucu berjumpa dgn atuknya...


selamat hari raya Aidiladha
salam kenal.

Kakzakie Purvit said...

Ibdah dan sedekah masih boelh dirahsiakan kak ju tapi bila kena uji bagai tak kuat bahu ini memikul mesti nak cari bahu lain utk membantu... lemahkan kakak nie kan

Kuat lagi atok ye.. syukurlah masih boleh diajak berjalan.

Deru Ombak said...

Salam sejahtera..

Ya Allah,, syukur kerana ayah masih kuat. Rezki beliau sungguh dapat melihat cucu Dan cicit membesar.

Dr K said...

Alhamdullilah..di anugerahkan usia yang panjang & kesihatan pada Ustaz Yusuf..moga beliau terus sihat...

Maiyah said...

ustaz nmpk ceria jg.. moga diberi kesihatan yg baik slalu