Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wasiat Nabi Muhamad saw kepada Saidina Ali -
Wahai Ali, elokkan perhubungan antara masyarakat dengan jiran sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekiannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya diletakkan darjat yang tinggi bagi engkau.
|
Alhamdulillah, bersembahyang raya di KUIS. |
|
Cantik suasana persekitarannya. |
|
Dari KUIS kami terus pulang ke kampung.
Alhamdulllah sebelum sembahyang Jumaat kami sampai. |
|
Tahun ini kami berpeluang melihat lembu disembelih. Suka tengok orang kampung berpakat membantu.
Mula sembelih, lepas tu lapah kulit, lepas tu potong daging , keluarkan organ dalaman. Belah 4 bahagian, Dah siap, masuk dalam kereta sorong! |
|
Dari tempat disembelih, lembu dibawa ke rumah emak. Hadapan rumah emak ada kedai makan, jadi kami gunakan belakang kedai untuk meneruskan projek korban ini. |
|
Kaki lembu digantung untuk memudahkan daging dipotong. |
|
Masing-masing anak cucu ambil bahagian. |
|
Bahagian memotong. |
|
Hehe sebenarnya saya tak ambil bahagian sangat.... saya cuma mengoreng daging segar ini dan hidangkan..... |
|
Macam berlakon je.... |
|
Selepas dipotong, timbang, masuk ke dalam plastik dan edarkan. |
|
Alhamdulillah, beres semuanya.
Emak dan dua anak perempuannya.
Gambar: Kredit kepada Anis dan Adila Abd Kadir.
'Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (pengheningan jiwa pembersih dosa) bagimu'
(riwayat ibnu Murdawiah)
'Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali'
(riwayat Muslim)
Jom kita banyak-banyak berselawat kapada Nabi saw. |
3 comments:
Bestnya Mama Ju dapat tengok dari dekat, siap amik gambar lagi. Saya langsung takda gambar camni tahun ni...
Saya dapat 2 kg daging, dah selesai dibuat rendang Ahad hari tu.
assalamualaikum mama..
meriah raya korban tahun ni?
Alhamdulillah....maaf tk dpt sama....nun di Kota Bharu!
Post a Comment