|
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Ini pokok ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora. Ia adalah pokok penutup bumi. Mudah merebak, berbunga setiap hari. Daun dan batangnya yang berair membolehkannya mengeluarkan bunga sepanjang masa. (Sekarang musim hujan, kalau batangnya berair sangat, pokok ini tak tahan lama) |
|
Petunia. Nama saintifnya Petunia SPP.. Ia sangat cantik. Berbunga hari-hari tapi agak sensitif. Hati-hati ketika menyiram, jangan secara terus, bunganya akan rosak. Mudah diserang kutu daun. Ia di anggap eksotik dan hidup hanya semusim. |
|
Tanam dua, tiga pokok dalam satu pasu besar. Bunga ini akan berjuntaian seperti ini. |
|
Pokok yang di hadapan sekali ialah cycass. Ia juga di kenali sebagai Pakis Aji. Ia bukanlah dari keluarga Pakis tumbuhan berspora tu. Terdapat Cyass jantan dan betina. Pokok ini tahan lasak dan hidup lama. |
|
Petunia boleh di dapati dalam berbagai warna. |
|
Ini pokok kesidang. Nama lain pokok kerak nasi. Nama saintifaik valaris Gabra. Ia tumbuhan asli Asia Tenggara berasal dari Pulau Jawa. Sentiasa berbunga dan sangat wangi. |
|
Pokok Frangipani atau Plumeria ini saya tanam bulan Julai lalu. Saya dapat dari jiran melalui keratan batang. Mula batangnya agak kecut, alhamdulillah tak lama kemudian ia hidup .. |
|
dan berbunga! |
Alhamdulillah.
Jom tanam pokok....
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
13 comments:
Subhanallah. Cantiknya bunga2an itu. :)
Ros jepun kakak tanam utk elak tanah dalam pasu keluar bila hujan lebat. Kakak ada warna pink, merah, oren, putih, kuning dan yg mixed pink+putih dan kuning+merah. Kena rajin semai selalu sebab senang hidup dan mati.
Pokok Plumeria tu kakak ingatkan kemboja. Cantiklah ini kakak tak ada.
Hidup segar bunga2 itu. Cantik. Paling suka tengok Petunia.
Makchaq suka petunia dan ros jepun tu.. pernah besi dari nursery, tapi tak berjaga.. mati.. la ni tanam pokok2 yg boleh dimakan saja..
Assalamualaikum Mama Ju
rajin berbunga...tanda dia sayang kat mama tu...
Assalammualaikum Ju,
Alhamdulillah, rajin pokok2 tu berbunga. Cantik bunga patunia tu, berseri halaman rumah Ju dgn bunga berwarna warni tu
Assalamualaikum wbth. Mama ju
Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejek di blog tirana aduka.......
Kembang semuanya berbunga cantik.....tapi sayang bukan untuk selamanya.....terasa puaskan lihatnya mekar dengan subur.....terubat rasa penat membelanya......tak gitu mama ju.....hehehe
Boleh je mama ju nak godek godek bahasa jawa dalam blog ta ni.......... Tak de masalah...kalau ada yg tak betul....mohon agar mama ju komen.....segera ta akan betulkn.............
Lovely.... what a beauty.. subhanallah
As salam mamaju,
Seriously, marya sgt suka entry ni! Sebab marya suka munga-munga! hehehe... Suburnye pokok bunga tu semua... pandai mamaju tanam... sejuk tangan :)
Ros jepun tu dulu Marya byk tanam kat rumah... rumah mil juga! sebabnye senang nak hidup... cara jaga pun mudah sgt! melihat bunga je hati jadi tenang, kagumnya melihat ciptaan ALLAH ni kan... :)
jari awak 'hijau' !!
http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/
cantik2..geram dgn petunia tu..sama mcm sya punyya..tgah baca2 pasal bunga ni..hrp jadi kembang mcm akak ya
Memang cantik bunga petunia tu..akk nak tanyalah kalau dlm satu pasu besar kita letak 3 pokok ..sebagai tambahan tanah..tanah yg mcmana ye kita perlu campurkan
Memang cantik bunga petunia tu..akk nak tanyalah kalau dlm satu pasu besar kita letak 3 pokok ..sebagai tambahan tanah..tanah yg mcmana ye kita perlu campurkan
Post a Comment