Saturday, September 22, 2012

ZULKAEDAH 6 - BILA CHEF DARI SEMPORNA, SABAH DATANG....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :" Seorang lelaki datang dengan membawa unta yang terikat lalu berkata, 'Ya Rasulullah, unta ini saya berikan untuk keperluan fisabilillah' Rasulullah  menjawab ," kamu kelak akan mendapat seratus ekor unta pada hari kiamat kelak."
(Riwayat Muslim daripada Ibn Mas'ud ra )
Ini pertemuan pertama saya dengan Ustaz Salleh Bahari. Kami berjumpa di KLIA dan  membawanya bermalam di rumah.
Beliau sebenarnya adik ipar ayah mertua.Kami bawa ke Gold Cafe di Nilai Putra  Makan mi Hokien dan tahu lembut bersos. Heem sedap...

Lewat malam , kami tiba di rumah. Duduk berbual sambil membelek-belek kitab, Ustaz kata esok dia nak masak kuih Dangai! . Saya tahu Ustaz seorang tukang masak hebat, tapi dia seperti tahu kuih dangai tu kuih kesukaan suami yang sukar di dapati!
Saya pernah membuatnya tapi agak keras...
-
Jam tujuh pagi ke MyMydin beli barang-barang keperluan untuk Dangai....


Balik dari MyMydin sarapanlah pulak, saya menyediakan mi rebus dan roti jala.
Saya agak segan sikit maklumlah yang makan memang pakar masak!
Banyak betul kisah masak memasak yang mengujakan. Saya ambil peluang bertanya itu ini...
Ayah pun bangun pagi untuk sama-sama melayan tetamu.


Masa untuk kelas masak....

Kuih Dangai- Masokkan kelapa parut dalam bekas, masuk garam sedkit, masauk tepung pulut sedikit-sedikit ( tepung ni berfungsi sebagai gam..)

Panaskan kuali. Hehe abaikan dapur yang bersepah tu...
Terus masukkan ke dalam kuali tadi.



Tabur gula pasir dan gula merah. Kuantiti ikut suka. Tunggu....
Tunggu hingga bahagian tepi agak naik keperangan, lipat.

Senangnya


TARAA.....Alhamdulillah.
Memang sangat mengujakan bercerita dengan Ustaz Salleh ni. Macam-macam petua dan masak memasak yang diajar.
Beliau sudah lima tahun terlibat dalam menyediakan makanan.  Setiap hari menyediakan nasi lemak berkukus dengan tiga lauk dan nasi kuning. Beliau dibantu oleh isteri dan empat anaknya. Isterinya pakar dalam kuih muih tradisi/ basah dan anak-anak dengan kuih./ kek moden.  Mereka menyediakan 30 jenis kuih, nasi impit bersatay stail kelantan.

Mereka memulakan tugas  membungkus makanan pada jam 12 malam, menyiapkan segalanya dan menjualnya di pagi hari.
Jam 10 pagi biasanya jualan sudah habis....


Ustaz baru saja pulang ke Semporna , Sabah.
Beliau datang ke Semanjung melawat adiknya yang sakit .
Moga ukwah antara kita berterusan....tunggu kami di Semporna!

Ustaz Salleh ialah bekas Nazir di Tawau, Sabah.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


4 comments:

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum MJ.

Senang rupanya buat kuih dangai tu, ya? Saya suka makan je. :)

Unknown said...

masa ngndung dulu ..pernah teringin nak makan kuih dangai... carik mmg susah nak jumpa .. tapi lepas bersalin baru jumpa..lepas jugaklah hajat... mdah rupanya nak buat.. tp belum cuba belum tau kan mama.. :D

kaknor said...

salam Ju,
tk kerana kongsi resipi kuih dangai, cuma nak tanya campuran kelapa dan tepung pulut tu tak menggunakan air ke? tolong jawap sebab kak nak cuba buat

Lady Windsor said...

Salam,
kuih apa ni? untungnya tukang masak datang ajar masak kat rumah:)