Saturday, September 29, 2012

ZULKAEDAH 13 - UTC/PUSAT TRANFORMASI BANDAR ( PUDURAYA)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Demi sesungguhnya ! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik'
(terjemahan surah Al Ahzab 33: 21)
Tempat ini dulunya dikenali sebagai Puduraya. Selepas itu Pudu Central dan sekarang  terkenal dengan UTC atau Pusat Tranformasi Bandar.
Ia mudah di hubungi dengan LRT.
 
UTC, baru dirasmikan oleh Perdana Menteri. Di sini di tempatkan kira-kira 30 agensi kerajaan- senanglah nak berurusan.

Saya mula dari tingkat 4-
Kita makan dulu.....Kami dapati tempat ni ada perubaan sikit ( berbanding  semasa Pudu Central) .
Kami mencari kedai makan yang betul-betul kepunyaan melayu. Satu demi satu, akhirnya kami menemui 1 Delight- kedai makan orang kelantan.mereka menyediakan makanan panas.

Dah makan baru perasaan rupanya kedai Menu Rakyat 1 Maaysia.
Berbual seketika dengan tuanpunya kedai. Menurutnya beliau telah berniaga sejak zaman puduraya tahun 1977, sekarang kebanyakkan kedai disewakan kepada orang asing!
Pakej Sarapan Pagi RM 2.( eg mi kosong dengan air )

Di bahagian tengah ada Agro Bazaar.
Selepas makan, kami keluar bangunan ( masih di tingkat 4). Kami melihat peserta payung  terjun sedang beraksi di menara  Kuala Lumpur. ( sayup-sayup )


Nampaklah juga KLCC
Di sini ada pejabat Belia dan Sukan. Di tempatkan sama Gym, Studio, padang futsal, wall climbing dll/.
Anak-anak pasti suka sukan extrim ni..
Di tingkat ni juga ada hotel.( ini pintu belakang)


Dari tingkat 4 ke G pula- di sinilah tempat menunggu bas unuk ke utara. 

Nampak kemas sangat. Tekan butang untuk ke laluan bas. ( turun tangga)


Sebelah Platform 1 adalah Kedai Rakyat.
Nampak putih di sana sini. Harga memanglah murah. Kualiti tak tahulah...
Di mana-mana ada kedai-kedai kecil. Button badge penuh dengan gambar K pop!


Bersebelahan ada pulak klinik 1 Malaysia. Farah ambil peluang jumpa doktor ( hari ni ada HA sahaja)
Farah memang nak ke klinik .
Klinik beroperasi tiap hari hingga 10.30 malam. Bayar RM 1.


Naik  setingkat kami temui kedai buku 1 Malaysia.
Semua buku lebih murah dari harga pasaran.( Buku yang saya beli beza RM 10)
Sebelah kedai buku , kedai kain. Kami tinjau-tinjau juga. Murah-murah, ( kain mahal rasanya memang tak  dijual...)
Nilah yang kami dapat...

Saya memang berpuas hati dengan UTC, segala-galanya ada. Saya tak sempat meninjau agensi-agensi kerajaan maklumlah hari ni kan hari cuti...

Alhamdulillah.


 'Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Ikutilah segera kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik'
(riwayat Ahmad. Al Tirmizi dan Al Hakim)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


9 comments:

che mid said...

Bagus juga berjalan di tempat baru macam ni kan.. tinjau-tinjau sambil cuci mata..

muslimkidsshop said...

ouh... baru tahu walaupun dah lama saya kat KL ni... hehe... have a visit to my blog yea...

Kakzakie Purvit said...

Entah bilalah kakak nak sampai situ. Nampak banyak tempat boleh kidunjungi.

p/s: Bapak masih duduk dgn kakak. Solat masih cara duduk tapi dah boleh duduk atas kerusilah. Berdiri masa takbiratulihram, tapi selepas rukuk terus duduk sampai salam.

Hjh Noralenna Abbas said...

Pudu Raya oh Pugu Raya....berubah wajah kau!

mamawana said...

Lebih cantik dari yg lama. Lebih emas dan lebih bersih. Mamawana pun sudah beberapa kali naik bas ke UITM Sri Iskandar Perak dari sini...

razijohari said...

Alhamdulillah..... ingat jasa org2 yg menjayakannya!

win3 said...

jalan jalan sambil belanja dapet juga hiburan dan tantangan yang extrem

afeezz said...

assalamualaikum mama

sy dah lama tak smpi area pudu raya tuh...

Ibu Lala said...

hi salam kenal..jom singgah blog saya pulak..