Wednesday, September 26, 2012

PERKAHWINAN PUTERI BRUNEI 2012.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Alhamdulillah, termeterai sudah perjanjian perkahwinan antara Puteri Hafizah dan Pengiran Ruzaimi Jumaat lalu.
Puteri Hafizah adalah puteri kelima ke Bawah Duli Sultan Brunei.
Mereka berdua adalah penjawat awam di Brunei, Puteri di Kementerian Kewangan dan Pengiran di Jabatan Perdana Menteri.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
Doa Untuk Pengantin
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
Doa Untuk Pengantin
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~



Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"

Aqil menjawab, "Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita".[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"

Abdul Rahman r.a. menjawab, "saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.




Doa dan  semuanya di ambil dari carian di internet eg Halagah.net.
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.




7 comments:

Unknown said...

Amin..amin.. Ya Rabbal Alamin...:D

Kakzakie Purvit said...

Gah gemilang sungguh kan majlis mereka di sana...

Mak Wan said...

Terima kasih Mamaju

menarik sekali.........Mak Wan tak pandai nak cari2 ni...kena belajar jugak nampak gayanya.

che mid said...

apa khabar mama? Cantik, macam rupa bondanya..

Maiyah said...

moga kekal hingga ke anak cucu

Unknown said...

As salam mamaju,

Barakallahulakuma... semoga Allah berkati kedua-dua mempelai!

Meriah betul baju pengantin perempuan... biasanya fesyen mereka org Brunei boleh dikenal pasti.. meriah2 :))

ainhany said...

salam mama,

alhmdulilah..
koleksi tiptop dan syabas ain ucapkan..tak puas2 memandang bila busana muslim menghias pengantin.

Tapi lagi terkasima bila disulam doa buat pengantin..
Amin Amin...muga bahagia hingga akhirat

terima kasih