Tuesday, September 18, 2012

LANGIT MEREKAH DI FRIM, KEPONG, SELANGOR.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemyayang.

;Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan islam'
( Terjemahan ayat 102 surah Ali' Imraan juzuk 4 )
Dalam usaha menjaga kepentingan sektor hutan dan penggunaan tanah secara optima, kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia- FRIM.
Organiasi penyelidikan perhutanan pertama di adakan pada 1918 di bawah Jabatan Perhutanan. 1929 dipindahkan ke Kepong, Selangor. 1985 di kenali sebagai FRIM. Ia merangkumi kawasan  seluas 1258 hektar dan jauhnya kira-kira 16 km dari Kuala Lumpur.
Kalau ke FRIM, jangan lupa melihat pokok kapur seperti di atas!
Lihat daunnya tidak bersatu antara satu pokok dengan pokok yang lain, kenapa?
Pokok-pokok kapur yang ditanam serentak 80 tahun dahulu mewujudkan hutan dan pemandangan yang indah.
Di sinilah titik FRIM yang terkenal di seluruh dunia.
Ketika mendongak teruja dengan keindahan canopy yang mana pucuk dedaun dari sebatang pokok ke sebatang pokok yang lain tidak bersatu.
Kita dapat lihat  langit seolah-olah tanah liat yang kering merekah atau pun rupa sayur brokoli.
  

Agaknya berapalah usia pokok kapur ni...

Banyak teori yang cuba menjelaskan fenomena ini antaranya, termasuk sejens gas yang terhasil apabila daun-daun ini bersentuhan ketika angin kencang akan membunuh pucuk jirannya.
Apapun fenomena ini akan berlaku di hutan terancang seperti di FRIM iaitu hutan pokoknya ditanam dengan syarat speisis yang sama, pada waktu yang sama dan jarak yang seragam.
(Sumber- Bernama )



Telipuk?
Kami sudah tua....kata pokok.


Hutan yang membawa ketenangan.
Antara misi FRIM ialah bertanggungjawab memajukan pengetahuan dan teknologi bagi pemuliharaan, pengurusan, pembangunan dan penggunaan sumber-sumber hutan dan akan mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan saintifik, pembangunan dan pemgembangan dalam sektor perhutanan.

Khusuk baca peta.


Banyak pokok yang tidak pernah kita temui.

Ini pokok simboh gajah. Posisi akar jangkang seperti gajah, Akarnya sedikit berongga.



Jauh ke dalam akan bertemu dengan jeram.

Nyaman dan tentu sejuk airnya.

Amirah Madihah   dan Fatimah Ulfa sedang berehat.
Lihat batuan berlumut...

Sedia untuk ke Canopy Walk!

-
Lihat alam, ingat kebesaran ciptaan Tuhan!


'Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru ( berdakwah) kepada kebajikan   (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang  yang berjaya.'(Terjemahnan ayat 104 surah A-Li Imraan Juzuk 4)

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

mamawana said...

Indah...

azieazah said...

Saya pernah sekali pergi FRIM, memang sngat cantik... sungai jernih, dingin nyaman.

afeezz said...

assalamualaikum mama : walaupon dekat, sy tak pernah pon smpi FRIM ni