Friday, August 31, 2012

SYAWAL 13- MASJID BESI, PUTRAJAYA.

 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan ( ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang, dan engkau  akan melihat ( seluruh ) muka bumi terdedah nyata. dan Kami himpunkan mereka ( di padang Mahsyar)  sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorang pun dari mereka.Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, ( sambil dikatakan kepada mereka) " Kamu sekarang telah datang kepada Kami- ( berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu yang pada mulanya: bahkan kamu dahulu menyangka bahawa Kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu ( untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)"
(terjemahan ayat 47 suarh Al Kahfi 15)

Masjid Sultan. atau Masjid besi mula dibina pada 5 April 2004  dan diserahkan sepenuhkannya kepada JAKIM pada Ogos 2009.


Masjid ini di panggil Masjid besi kerana  satu-satunya  masjid yang menggunakan 6 ribu tan besi  - 70% dan 30 % lagi kongkrit.
Reka bentuknya campuran daripada kesenian Jerman dan China.
Masjid ini mempunyai dua komponen- kompleks masjid dan kiblat walk.( pejalan kaki yang menghubungkan masjid dengan Perbadanan Putrajaya.
Keluasan keseluruhan masjid 73.800 meter persegi, luas masjid  60,200 meter persegi dan kiblat walk 13,600 meter persegi.
Ruang ini boleh menempatkan 12,000 jemaah.
Dewan solat teracce untuk 5,000 jemaah.
Sahn ( ruang limpahan terbuka) untuk 3,000 jemah.
Kubah diperbuat daripada besi tahan karat. Ayat-ayat Quran dilakar ka lapisan kaca setinggi  13 meter. Panel kaca itu tidak memantukan kesan cahaya atau sinaran lampu malah tulisan alquran itu kelihatan terapung  dari jauh.

En Adnan diapit oleh Nabil dan Fatimah Ulfa menunggu lift terbuka untuk ke ruang solat.
Parkir  yang luas di bahagian bawah masjid. 
Seni binanya cantik.






Di dewan solat utama.
Keluli yang menjadi kerangka tiang  dan dinding masjid juga diperkemaskan dengan bahan telus cahaya bagi membolehkan ia kelihatan berwarna putih dari jauh.

Kawan-kawan Farah. 
Menikmati makanan di tepi kolam sambil menghayati keindahan Putrajaya selepas sembahyang .
Masjid ini boleh dikunjungi dengan  bot.

Disekeliling masjid dibina kolam-kolam ala-ala istana Al Hamra.
Tapi yang tragisnya saya melihat tetamu VIP jatuh ke dalam kolam  sewaktu perkahwinan Dato Sheikh Muzaffa dahulu.r.(Kolam tu sebenarnya tak dalam, tapi habislah basah baju melayu tu...)
Masa tu kalau tak silap 6 orang terjatuh ke kolam berkenaan- memang pada mata kasar  dan dari jauh kolam infiniti tu nampak macam  lantai biasa .

Jom ke Masjid.
-

'Dan 'kitab-kitab Amal' juga akan tetap dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya......'
(terjemahan ayat 48 surah Al Kahfi 15 )

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

SELAMAT HARI MERDEKA!

3 comments:

MulutPayau said...

Selamat menymbut hari merdeka...

Mak Wan said...


Assalamualaikum Mamaju

Selamat menyambut Hari Merdeka Ke 55.
Semoga keamanan terus kita nikmati

kaknor tmj said...

Salam Ju

Memang hebat masjid besi tu, nampak gah, kredit kpd Dr Mahadir 'arkitek' utama Putra Jaya. Slmt menyambut ulang tahun kemerdekaan, sedih melihat ada kumpulan yg cuba menukar bendera kita, kumpulan yg tak sedar diri