Wednesday, August 15, 2012

Ramadan 27- Calon-calon penghuni syurga./ Sayangi ayah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
'Dan Kami WAJIBKAN manusia BERBUAT BAIK kepada KEDUA IBU BAPA: ibunya telah  menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dalam tempoh menceraikan  susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun,.....'( sambung di bawah)
(terjemahan ayat 15 surah Al Ahqaaf)

Dapat difahami bahawa berikut calon2 penghuni syurga- dengan rahmat Allah:: ( Mengikut buku Stop Neraka)
-Beriman kepada Allah.
-ikhlas beramal soleh ( berbuat kebajikan)
-berbudi pekerti luhur (berakhlak mulia)
-yang tulus berjihad di jalan Allah.
-Taat menjalankan perintah Allah dan Rasul.
-Mengikuti sunnah Rasulullah.
-Menuntut ilmu di jalan Allah.
-Berbakti kepada ibu bapa.
-Memakmurkan masjid.
-Rajin beribadah di masjid.
-Istiqamah mendirikan solat lima waktu.
-Rajin mengerjakan solat sunat.
-Rajin membayar zakat.
-Rajin berpuasa Ramadan.
-Beroleh Haji Mabrur.
-Ikhlas atas kehilangan anak.
-Menjaga dan membesarkan anak perempuan kecil
-Menjaga dan mengasuh anak yatim
-Menyambung tali silaturrahim.
-Baik budi pekerti.
-Istiqamah menjalankan perintah Allah.
-Sabar dan tabah menghadapi musibah.
-Benar dan jujur.
-Bertaqwa.
Mood raya...





Alhamdulillah.
Mu, tak ingat tok ayoh ko?

'....berdoalah ia dengan berkata ; Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibubapa dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redha: dan jadikan sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat keaadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu).
(Terjemahan ayat 15 surah Al Ahqaaf)

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Selamat berqiammullail.

2 comments:

Mak Wan said...

Assalamualaikum Mamaju

Sayangilah ayah setulus hati......insyaallah bahagia sepanjang hayat.

SELAMAT AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN dari Mak Wan.

nani said...


Assalamualaikum...

Mc Jue se family ..selamat hariraya.
Maaf Zahir Batin.


p/s : Tok ayah sentiasa dihatiku.


..jauh dimata , dekat di hati
Nani KB