Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.........'
(terjemahan ayat 31 Surah An Nur)
SAHABAT NABI SAW
31- HUZAIFAH BIN AL YAMANI.
Sebelum kelahirannya ibubapanya telah islam.
Nabi saw menilainya dengan tiga keistimewaan; Pertama cerdas dan bijak tiada tandingan. Kedua cekap dan ketiga cermat serta sangat menyimpan rahsia. Beliau merupakan Shahibus Sirri Rasulullah saw (Pemegang rahsia Rasulullah). Beliau juga perisik Nabi saw.
32-KHALID BIN SA'ID
Beliau menyertai rombongan hijrah ke Habsyah . Memeluk islam keran bermimpi ibubapanya sedang menolaknya masuk ke dalam api dan tiba-tiba Nabi saw datang menyelamatkannya.
Sebelum Nabi saw wafat, Nabi saw melantiknya menjadi gabenur di Yaman.
|
Masjid Schwetzinger, Jerman.
Masjid ini terletak dalam komplek istana Schwetzinger. Istana Jerman di masa lalu. Pemerintah menjadikannya sebagai Muzuim Masjid.Hanya hari Isnin dibuka untuk kunjungan. Pembinaannya memakan masa 15 tahun 1779-1796 dalam abad ke 18.
-
Turunnya Al Quran dan Penghayatannya
Dr Danial- Tanyalah Ustaz tv 9
Catatan diri:
-Rasailah kehebatan al Quran. Kini ramai yang tidak merasai kehebatan Al Quran.
-Jangan hanya mengaji, tetapi hendaklah mengaji dan mengkaji.
-Bagaimana mencipta kecemerlangan?
Guna formula IT. I untuk ilmu dan T untuk Taqwa. Ia berkaitan ilmu dan taqwa, insyaAllah kita akan cemerlang dunia akhirat.
-Faham Al Quran atau Hafaz Quran?
Kitab Yusuf Al Qardawi ' Fekah keutamaan' ada membincangkan isu ini. Ia membicarakan tentang keutamaan. Kita mahukan kedua-duanya, tapi pilih keutamaan.
-Tafsir Al Quran
Al Quran bukan sekadar teks tapi teks dan konteks ( apa isu sebelum hingga ayat berikutnya.)
Bagi faham Al Quran guna tafsir eg Tafsir Hamka. ibni Kathir dll)
-Ada sesetengah kitab terdahulu mengemukakan hadis palsu dan Israilliyyat.. JAKIM ada menterjemah buku Muhamad bin Muhamad Abu Syabah "Hadis-hadis palsu dan Israilliyyat dalam kitab-kitab Tafsir" Mereka ada memasukkan lagenda bangsa Yahudi.
Jadilah kita umat yang Mengaji dan memahami Al Quran.
- |
No comments:
Post a Comment