'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang KHUSYUK DALAM SEMBAHYANGNYA. Dan mereka yang menjauhkan diri dari PERBUATAN DAN PERKATAAN YANG SIA-SIA. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya ( dengan MENUNAIKAN ZAKAT HARTA itu). Dan mereka yang MENJAGA KEHORMATANNYA. Kecuali kepada isterinya dan hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka mereka lah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang MENJAGA AMANAH DAN JANJINYA. Dan mereka yang TETAP MEMELIHARA SEMBAHYANGNYA. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi- Yang akan MEWARISI SYURGA FIRDAUS , mereka kekal di dalamnya.
(Terjemahan ayat 1- 11 surah Al Mukminun)
SAHABAT NABI SAW
28-TALHAH BIN UBADILLAH
Beliau memeluk islam selepas mendengar kata-kat Pendeta yang mengatakan seorang Nabi telah lahir di Mekah. Dia segera kembali dan menemui Rasulullah saw untuk memeluk islam. beliau pernah diikat dan diseksa bersama Saidina Abu Bakar sehingga mereka digelar Al Qarinain (sahabat setia yang terikat).
Beliau menjadi benteng terakhir yang melindungi Rasulullah saw di dalam perang Uhud.
Rasulullah mengelarnya dengan banyak gelaran antaranya: Talhah Al Jaud ( Pemurah), Al Khair ( Baik) dan Al Fayyadh ( Dermawan)
29-ABU AYYUB AL ANSARI
Ketika Nabi saw sampai ke Madinah dalam peristiwa Hijrah semua penduduk Madinah menahan dan mempelawa Nabi saw untuk tinggal di rumah masing-masing. Namun Nabi saw membiarkan Allah swt yang menentukannya. Tali unta dilepaskan dan Nabi saw berkata di mana unta berhenti disitulah Nabi saw akan tinggal dan memebina masjid.
Dengan izin Allah, unta itu berhenti dan berteleku di rumah Abu Ayyyub Al Ansari.
-
Memulakan Misi..... |
Misi 1 berjaya.... |
,
1 comment:
selamat beramal Mama Ju :-)
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/08/sekadar-yang-termampu.html
Post a Comment