Thursday, July 5, 2012

PENANGAN BUAH GAJUS

15 Syabaan 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan mintalah pertolongan  (kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang : dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang khusyuk.
(ayat 45 surah Al Baqarah)
Buah gajus. Sejujurnya inilah pertama kali saya melihat gajus segar. 
Menurur suami saya di Kelantan buah ini di panggil buah ketereh.

Suami saya mempunyai berbagai kenangan dengan buah gajus semasa kecilnya.
Di masa tu, pokok gajus tumbuh merata di kampong...di atas kuburan lagi banyak.
Pokoknya besar, kena memanjat . Kelawar suka buah gajus ni. Kelawar akan makan dan meninggalkan biji di luar tu bersepah-sepah di bawah pokok.
Apalagi ....
Budak-budak zaman tu akan mengumpul gajus-gajus tu, banyak!
Kulit luar tu boleh dimakan.
Biji-biji tadi akan disangai. Setelah hampir masak (nampak macam hangus..) mereka akan mengupas dan makan!



Selalunya mereka akan bermain, berlawanan dan siapa yang menang akan dapat buah gajus yang bertimbun itu!
Hehe menurut suami, dia selalu kena buli dengan budak-budak besar. Mereka mahu bermain tetapi berhutang buah gajus dahulu. Akhirnya merekalah yang dapat buah gajus tu, budak kecil takutkan....

Buah gajus , buah getah itulah permainan mereka...

Maha Suci Allah!

-

Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut dan lepaskan kami dari azab api neraka.berilah kemaafan semasa di adakan perhitungan. Ya Allah janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk. Berikanlah kami rahmatMu  YA ALLAH.  AMIN.



8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak dulu rumah embah kakak ada pokoknya Kak Ju. Kami panjat ramai-ramai petik. Getah dia gatal kalau kena kulit. Biji dia tu kami bakar masuk bara embah bakar sampah. Bila lama sikit ambil pecahkan makan isi dia tak hanguslah sebab kulit dia tebal...

Pucuk dia kami buat ulam... Jadi kenangan dah sekarang semuanya:)

Kakcik Seroja said...

Dah lama betul kakcik tak dapat makan buah gajus segar. Ada rasa kelat2 dan bergetah...

Hjh Noralenna Abbas said...

Ada teka teki: Banyak-banyak buah, buah apa bijinya di luar?

mamaina said...

kecik2 dulu suka juga.
1.letak zink atas batu/bata. bakar kayu dibawahnya. atas zink letak biji gajus n bakar til masak. bila masak ketukn ngan batu utk pecahkan dan ambil isi dalam.
2. pucuknya buat ulam.
3. buahnya dibuat pajeri, gulai/kari ikan kering dan sewaktu dengannya..sedappppppp
4. boleh juga potong kecil2 isi utk cicah sambal belacan makan dgn nasi (buat ulam la tu)

kaknor tmj said...

salam Ju,

pokok buah gajus selalu tumbuh di kwsn bpasir terutama tepi laut.dah lama kak tak tengok buah ni.Dari butiran penulisan mamaaina mengenai gajus ni, kak rasa beliau dari utara. org Kedah makan laksa bersama berbagai jenis pucuk termsk pucuk gajus (janggus)

mamaina said...

betui la kaknor tmj..tak salah lagi tekaan tu. satu lagi..buah masak makan saja atau cicah garam pun sedap tapi tak leh banyak sebab nanti kelat/pedag lidah..

kaknor tmj said...

la mamaina, kaknor suka makan pucuk daun janggoi dgn sambai nyok campok asam dughian, sedap...

Unknown said...

Saya baru ja terkena getah biji janggus ni.. pergh macam melecur bibir