Monday, June 4, 2012

TRAVELOG ( 2) MASJID SULTAN HASANAL BOLKIAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ummul Mukminin, Aisyah r.ha berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ' Sesiapa mengada-ngadakan yang baru ( bidaah) dalam urusan ( agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak'
(Riwayat  Al bukhari dan Muslim)

Masih hari pertama.
Selepas sembahyang jamak Takdim, kami berehat. Tak sangka pulak tertidur hingga lewat petang.He he bukan saya saja tapi semua tidur!




Jam 6 petang, kami memulakan perjalanan untuk ke bandar kembali.Adik Haji Adimas mengetuai rombongan. Kami berhasrat ke Masjid Sultan Hasanal Bolkiah. Kami ingin bersembahyang di masjid ini.
Kami melalui kampung-kampung dan melihat kampung air  sepanjang perjalanan.

SAYA SUKA TENGUK AWAN.
Jam 6.20 petang. Beberapa minit lagi azam magrib berkumandang.

Akhirnya dalam hujan , kami sampai! KUBAH EMAS  tu menarik minat kami.
Rasanya ini tempat mengambil wudhu.
Masjid ini seluas dua puluh ekar persegi.


Kubah diperbuat daripada mozek emas dan kubah  menara daripada saduran emas.Ada 29 kubah kecil melambangkan Sultan Hasanal Bolkiah pemerintah ke 29. 

Waktu malam memang masjid ini menyerlah. 
Menaiki 29 anak tangga untuk ke ruang legar dan ruang sembahyang.. Setakat ini sahaja  dibenarkan mengambil gambar.
Ruang legarnya memang mengujakan. Sangat cantik dengan berpuluh chandeliar terpasang, berpuluh tiang-tiang besar berkeluk-keluk warna putih dan tangga ke ruang sembahyang lelaki.
Saya merasakan seolah-olah berada di dalam istana.


Pemandangan dari luar.


Gambar daripada blog 'Jame Asr Hasanal Bolkiah'
Tiang-tiang unik.
Tangga. Escalator khas untuk Raja.
Bilik istirehat di Raja. Ada bilik wudhu dan bilik air berdekatan.

Ruang menunggu kenaman. Ada dapur dan ruang makan.

Perpustakaan.

Memasuki ruang sembahyang wanita memang terasa kelainannya. Amat sunyi! Kalis bunyi langsung...Suara iman terasa di sebelah telinga. Sebenarnya saya tercari-cari  di mana dewan menempatkan imam.....
Chandeliar tersergam indah diperbuat daripada emas 24 karat dengan kristal bermutu tinggi dari Austria.
Ruang sembahyang lelaki memuatkan 3500 jemaah. Mihrab diperbuat daripada emas  24 karat.

Quran tulisan tangan di katakan berusia 200 tahun yang di tempatkan di dewan sembahyang lelaki. Quran ini adalah hadiah daripada Perdan Menteri  Pakistan ( 1996) kepada Sultan Haji Hasanal Bolkiah.
Dari Masjid kami menuju ke tempat makan. Letaknya tak berapa jauh dari Pusat Pameran Alat Kebesaran di Raja.
Saya membeli makanan yang dah disediakan. Harga makanan tidaklah mahal sangat walaupun di darab 2.3!
Makan nasi berlaukkan ikan, sayur $2/

Ada kuah sate berwarna  kehitaman.

Gearbox.

Sayur campur dimakan begitu saja panas-panas. Sedap.

Ala rojak  di campur dengan keropok. Sedap!

Selepas makan cadangnya nak ke  Juradong Park. Tapi  bila makan-makan ni mengambil masa  dua jam lebih, hasrat itu dibatalkan. Sebenarnya nak memdapat makanan yang di pesan...boleh tahan lambatnya.... Memang tak ada mood nak jalan-jalan lagi. Nak balik ke rumah penginapan memerlukan satu jam lagi perjalanan.
Sebelum balik , pusing-pusing lagi.
Pusing keliling bandar dan singgah juga di jeti Kampung Air.


Jam 11.00 sampai ke kampung Kasat. Sepanjang jalan saya melihat banglo- banglo besar. Menurut tuan rumah , setiap yang mahu mendirikan rumah  mesti mempunyai tanah minima suku ekar!
Setiap rumah mempunyai banyak kereta.Setakat ini tak nampak lagi motosikal.
Saya diperlihatkan kediaman seorang kaya yang mempunyai berpuluh-puluh kereta. Ada sebuag ferari warna emas. Saya kata 'boleh ambil gambar?' ' Tak boleh, dia ada guard berbadan body builder'

-
Di rumah ,Hajah Junidah ( isteri tuan rumah) sedang menunggu.. Pertemuan pertama. Selepas berbual-bual seketika kami pun merehatkan diri.
Sedar-sedar jam 3.30 pagi.
4.45 pagi azan berkumandang.
Bermulalah hari baru.

-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

razijohari said...

Assalam....alhamdulillah menikmati pemandangan dan bertemu insan2 baru dalam kehidupan....merapatkan lagi silaturrahim. Insya allah teringin juga ke sana suatu hari nnti. Masya Allah....ini semua rezeki dari Allah swt!

afeezz said...

assalamualaikum mama : menarik....

Kakzakie Purvit said...

Kak Ju pergi ke sana ye. Wah...senyap-senyap dah ada. Cantik dan memikat semuanya. Masih di sana atau dah balik. Banyak beli ole-ole...