Tuesday, June 19, 2012

TRAVELOG ( 15 ) BELAYAR KE LABUAN, WP

29 Rejab , 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Abu Hurairah ra berkata , Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Setiap sendi  tubuh manusia wajib mengeluarkan sedekah, setiap hari di mana matahari  terbit padanya, engkau berlaku adil terhadap dua orang( yang bertelingkah ) adalah sedekah, menolong seseorang pada kenderaannya lalu engkau membantunya untuk naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan daripada jalan adalah sedekah" 
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim )
Labuan memang termasok dalam perancangan ziarah kami.. Selepas subuh, jam 5.40 pagi kami berlepas ke Muara . Dalam perjalanan kami nampak nelayan membawa bot dengan kereta. Mereka mahu menangkap ikan.  Saya perhatikan bot tu terjaga, bersih!
 Jam 7.30 sampai terminal.. Tiket sudah ditempah.
Hari tu rupanya cuti Hari Angkatan Tentera, jadi agak sesak kerana ramai orang Brunei ke Labuan juga.
Sewaktu Amin. membahagi-bahagi tiket tiba-tiba satu tiket terkurang!
Hajah June dan Amin.
Panik seketika. Nama Farah tidak tercatat!
Takut tiket dah habis. Tapi alhamdulillah----ada lagi  tiket kelas pertama.
B20/ Tiket Ekonomi B15.

Sebelum naik, setiap orang di kenakan B2 untuk cukai kepala.


Waktu ni dalam 8.30 pagi.
Kelas pertama ada pramugara yang menyediakan air dan kek comel.
Di kelas ekonomi ada kiosk jualan makanan ringan.
Terharu bila mula untuk bertolak, skrin di pasang dan doa perjalanan pun dibacakan.


Setelah dua jam, kami pun tiba ke destinasi. 

Sewaktu Amin nak keluar, gelombang agak kuat..berhenti seketka di muka pintu...

Bas sewa sudah tiba. Kami meneruskan perjalanan. Sebelum itu sempat jeling-jeling kedai bebas cukai....dan yang mesti telefon ke Malaysialah..di Brunei line tak dapat.....
Kami ke Muzium Maritim. Di sini juga duduknya Kementerian Pelancongan Malaysia.

Muzium berkongsi dengan Komplek sukan laut.


Macam-macam info tentang lautan dan hidupannya.

Hajah June dan sunfish.
Ikan lumba-lumba.

SubhanaAllah, karangan yang cantik.

Farah takut dengan dophin ke?


Ikan buntal. Saya bayangkan bulat!






Ikan di perairan Malaysia antaranya- Kerepoh, kerapu,Ikan putih, kod, terubuk

Hj Ajmal dengan Kerapu merah.
Saya tak terfikir ini belut!
Inilah yang saya nak tengok...ikan paus biru. Mamalia  yang paling besar di dunia. Dikatakan mempunyai berat 125 ribu kg.  Panjang 30/33 meter.Ia adalah mamalia seperti dolphin. Tidak bertelor t etapi beranak. Ia bernafas tidak melalui ingsang tetapi melalui jantung. Ia harus  ke permukaan laut untuk  bernafas. Ia berdarah panas. Ia juga mempunyai lapisan lemak di bawah kulit yang membuatkan ia tetap panas. 



Gambar google.
Tulang ikan yang di sambung


Bahagian hadapan.

Bahagian belakang.
Hajah Jamilah, Hajah Massiam dan Hajah Aleena.
Ukwah terjalain antara Malaysia Brunei.

Alhamdulillah. Kita sambong jalan-jalan lagi.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


5 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Tak shopping di Labuan ke Ju?

Kakzakie Purvit said...

Lama betul Kak Ju berjalan kat sana. Kakak tunggu last N3 nak tengok apa yg Kak Ju beli..

Nasib baik ada tiket kalau tak Fara kena tinggal hihi...

rosli said...

Mamaju,

Yang macam belut tu, bukan belut....tp di laut kita panggil Ikan Malong.....ikan ni kejar api...kalau memacing di laut dia akan terkam api gasoline atau apa saja terang....

Ayah Zain said...

salam mamaju

menarik sungguh gambar2 yang di snap

azlina said...

assalamualaikum kak ju..

jauh berjalan..mesti seronok kan alhamdulilah..