Tuesday, June 12, 2012

TRAVELOG ( 9 ) JURADONG PARK

22 Rejab 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas ra berkata: Saya pernah berada di belakang Nabi SAW pada satu hari, maka beliau bersabda yang maksudnya" Wahai anak, saya hendak mengajarmu beberapa kalimah: jagalah Allah nescaya Allah menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau mendapatiNya bersamamu. Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. jika engkau meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah. Ketahuilah bahawasanya, jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu. Telah diangkat kalam dan telah kering tinta  lembaran-lembaran itu.
(riwayat Ahmad, Al Tirmizi dan Al Hakim )
Juradong Park, Brunei adalah satu jenama besar bagi Brunei pada satu ketika dahulu.
Ia di buka pada 1994 sebagai Taman tema terhebat , dikatakan bernilai 1 billion Brunei.
Saya ambil gambar-gambar sewaktu melaluinya dalam perjalanan ke Miri.

Panaroma indah.
Macam pagar istana.

Kami ke sana lagi di malam hari.
Kami merasai sisa-sisa kegemilangan Juradong Park...
Hanya beberapa keluarga yang boleh di bilang dengan jari di taman ini.

Aktiviti di sini berbayar,, tidak seperti dahulu- percuma.

Waktu kami tiba permaian ini belum lagi dibuka.

Besarnya dam dia....
Kuda pusing yang tidak berpusing!
Bergambar je le...



Belakang tu bas kami.
Balik lle....

Tak tahu yang ini dekat mana. kawasan ni luas (google)


Pintu masuk.


Begitulah ceritanya. Lapan belas tahun kegemilangan itu telah berlalu......


Sebarkan salam dan semarakkan amal.

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

saya tengah mengintai2 tiket yg murah utk ke Brunai

afeezz said...

jom atuk.... nak ikot gak...