Wednesday, May 2, 2012

PESTA BUKU DI PWTC

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Pesta Buku Antarabangsa ini memang saban tahun di tunggu-tunggu oleh peminat buku.
Kali ini berlangsung pada 27/4 - 6/5/12.
Ini bilik 'Chairman' PWTC di aras 3.
Ruang di Pesta buku ini memang selalu sesak.
Jadi buat perancangan misalnya pergi awal, pilih booth mana yang hendak dilawati ( setiap aras ada peta  panduan )
Reka letak yang cantik.
Buku terbutan 2012  catatan sastera yang  saya suka!
'WAWANCARA SOFA PUTIH' Akhirnya bertemu dengan Pengacara Tuan Syed dan  penyair Siti Zaleha Hashim. Ini di Institut Terjemahan dan Buku Msia.( Nama baru)
Menarik sungguh bual bicara mereka.
( Tadi Tuan Syed di pentas utama aras 1 mewawancara Prof Dato Dr Husin Ahmad)

Karangkraf di dewan tersendiri.
Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia.
Novelis Norhayati Berahim. 
Ainmaisarah. Booth beliau memang padat. Tak nampak buku langsung!
Saya menemui Sdr Saleh Khaled sedang berbual-bual dengan Pengarah Urusan Intitut Terjemahan  Sdr Mohd Khair Ngadiron. Buku beliau 'Melayu hilang di dunia 'ada dijual di ITBM.

Saya juga tertarik dengan buku ini.
Penerbitan SASBADI penuh dengan budak-budak sekolah. Ada dua tiga kaunter tapi beratur hampir 40 minit untuk membuat bayaran.

Booth Indonesia...Saya jumpa tajuk Kretek Jawa dan Jejak gula. Isinya mengenai budaya Indonesia!
Masuk sahaja ke dewan ini, terus nampak Prof Kamil!

Jom kita ke Pesta buku ini.  Moga buku-buku yang kita cari/beli memberi manfaat kapada kita.

Ya Allah, akhirkan umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Tuhan akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Amin,
-
 Sebarkan salam dan semarakkan amal.


1 comment:

kaknor tmj said...

Salam Ju, moga dirahmati Allah.
Mesti byk buku2 yg Ju beli, kak tak pergi tp kirim melalui anak je.Buku Kembara Sastera tu siapa penulis tu? kak tak pernah dengar nama dia.