Thursday, May 3, 2012

KENDURI DAN NASI AMBENG

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Berkumpul  sekampung di rumah Tuan Hj Alim Kaliman sempena majlis  cucu Hajjah Sitiyah Kaliman di Belahan Tampuk, Rengit, Batu Pahat. Suasana meriah. Seronok bertemua pakcik makcik dan sepupu-sepupu.

Tuan Hj Saleh Kaliman  membacakan doa.

Masyarakat Jawa terkenal dengan nasi ambeng.
Pada asasnya nasi ini disertakan dengan ayam masak kicap, serunding, ikan kering, mi goreng, sambal goreng.

Lauk asas di tengah, di tambah dengan kuih, buah, daging kambing masak manis dan gulai lemak.
Biasanya tetamu hanya makan ala kadar sebelum makanan tadi di bahagi empat dan dibawa pulang.

Memang sedap!
Buku Puan Roza Roslan terbaru, ada kisah nasi ambeng.
Resepi  nasi ambeng akan saya tulis di blog 'Bila periuk menari' dipetik dari buku tersebut .( Dengan izin penulis )

Jom cuba.

Ya Allah, adakan bagiku keharuman syurga dan Engkau meredaiku. Amin.
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.


2 comments:

sonata anak kancil said...

minggu lepas ada kenduri di sini - makan nasi ambeng jugak!

Anonymous said...

Buku bukan sekadar resepi nasi ambeng tu ade ke cerita mengenai sjrah asal usul & cara pembuatan serta penyediaa nya ?